Suami perlu menganggap isterinya pelacur? Dan setiap isteri juga perlu menganggap dirinya pelacur? Bukan pelacur sebarang pelacur, tapi isteri perlu menganggap dirinya sebagai pelacur kelas pertama!
Bukan JR yang sarankan perkara itu. Bukan juga mana-mana lelaki di Malaysia yang menyatakan begitu. Tapi yang meminta setiap isteri di Malaysia menjadi pelacur ialah seorang wanita. Dan wanita yang bercakap itu pula bukan wanita low class yang mencari makan di lorong belakang. Yang memberi saranan itu adalah seorang wanita educated, malah punya Ph.D. bernama Dr Rohaya Mohamed.
Dr Rohaya Mohamed
Minggu lepas, ketika hadir dalam pelancaran 'Kelab Isteri Taat', Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed dilapor mengingatkan semua isteri supaya sentiasa patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan suami mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. Kata Dr Rohaya lagi, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.
(Kelab Taat Suami kononnya mempunyai kira-kira 1,000 ahli buat masa sekarang dengan 200 daripadanya di Johor. Menurut sumber kelab itu, 50 peratus ahlinya merupakan mereka daripada kalangan kelas atasan dan minda terbuka serta golongan intelek).
Benarkah apa yang Dr Rohaya katakan itu? Benarkah punca keruntuhan rumah tangga adalah disebabkan wanita yang gagal memberi kepuasan seks terhadap suami? Mengapa isteri saja yang dipersalahkan, semua suami malaikatkah?
Walaupun JR adalah lelaki dan seorang suami, tetapi JR sangat tersinggung bila setiap isteri, apa lagi isteri muslimah diminta menganggap diri mereka sebagai pelacur, tak kiralah pelacur kelas pertama atau kelas kesepuluh. Bagi JR kenyataan Dr Rohaya itu sangat biadap dan menghina, bukan sahaja menghina wanita, tapi menghina suami juga. Adakah Dr Rohaya menganggap apa yang dicari oleh suami dalam rumahtangga hanyalah kepuasan seks di atas ranjang semata-mata?
Jika setiap isteri diminta melayan suami seperti pelacur kelas pertama, pasti ramai isteri yang akan bertanya, "Bagaimana layanan pelacur kelas pertama tu, kerana kami bukannya pelacur?". Dan jika isteri bertanya suami, "Abang...bagaimana saya nak melayan abang seperti pelacur kelas pertama?", apa suami akan jawab? Bukan semua lelaki Melayu Islam itu kaki melanggan pelacur yang tahu bagaimana layanan pelacur kelas pertama, pelacur kelas kedua atau pelacur kelas ketiga, kerana ramai suami yang tak pernah pun melayan pelacur!! JR sendiri pun jika ditanya isteri bagaimana gaya layanan "pelacur kelas pertama", pasti JR tak dapat menjawabnya kerana JR bukan saja tak pernah melayan pelacur tapi takut nak melalui kawasan yang diketahui ada pelacur.
Tapi Dr Rohaya...apa yang sebenarnya terjadi kepada wanita ini hingga sanggup membuat syor yang sungguh biadap dan menghina itu? Isteri bukanlah pelacur, bukan juga seorang pekerja seks untuk suami, isteri adalah amanah Allah kepada suami. Bila suami memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian dan wang ringgit, ia adalah tanggung jawab suami dan suami tak pernah berharap ianya akan dibalas dengan layanan seks terbaik dari isteri, kerana isteri bukanlah pekerja seks!!
Tugas isteri melayan suami pula adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah. Begitu juga layanan seks suami kepada isteri adalah ibadah dan ia tak ada kena mengena dan tak boleh dibandingkan dengan dunia pelacuran.
Jika Dr Rohaya atau siapa-siapa mahu menganggap dirinya sebagai pelacur kelas pertama, silakan, tapi jangan paksa mana-mana wanita dan isteri Islam menganggap diri mereka sebagai pelacur!! Dan jangan juga memaksa mana-mana suami menyatakan, "Isteri aku best, layanannya seperti pelacur!!"
Jika Dr Rohaya atau siapa-siapa mahu menganggap dirinya sebagai pelacur kelas pertama, silakan, tapi jangan paksa mana-mana wanita dan isteri Islam menganggap diri mereka sebagai pelacur!! Dan jangan juga memaksa mana-mana suami menyatakan, "Isteri aku best, layanannya seperti pelacur!!"
Nota: Minta maaf, jika entry ni ada sedikit nada emo....JR tidak suka wanita dihina!!
apa yang dia nak cuba sampaikan tu kita faham tapi jangan la sampai guna perkataan pelacur. better ganti dengan perkataan yang lain
ReplyDelete