»

01 June 2011

Bahaya...Minuman Kesihatan Boleh Kecilkan Saiz Alat Kelamin!!!



Bukan niat JR nak bawakan berita lucah di pagi hening ini. Tapi berita ini adalah berita penting bukan saja untuk lelaki tetapi juga patut diketahui oleh perempuan. Ia penting untuk lelaki kerana ia ada hubungan dengan kesihatan dalaman lelaki. Dan ia penting untuk wanita yang sayangkan pasangannya.

Berita yang nak JR siarkan ialah mengenai produk minuman kesihatan berasal dari Taiwan yang telah dibuktikan sangat bahaya kerana dengan meneguk minuman ini boleh menyebabkan saiz alat kelamin lelaki menjadi lemah dan mengecil. Minuman ini dikatakan mempunyai bahan kimia yang amat  berbahaya yang dibuat khusus untuk melunturkan plastik. Bila bahan kimia ini digunakan untuk manusia,  khususnya lelaki, ia akan  melunturkan pertumbuhan alat kelamin dan seterusnya membuat ukuran alat kelamin lelaki semakin mengecil.

Bahan bernama Bis (2-ethylhexyl) phthalate atau singkatannya DEHP yang digunakan untuk membuat minuman kesihatan berjenama Speed itu biasanya dipakai sebagai pelunak atau peluntur dalam campuran plastik dan Polyvinyl Chloride (PVC) adalah untuk kemasan botol plastik minuman.

Arahan untuk menarik produk-produk minuman yang yang mengandungi DEHP itu disampaikan sendiri oleh jabatan kesihatan Taiwan berkuatkuasa 1 Mei 2011. Produk minuman yang ditarik  itu terdiri dari minuman berenergi, jus dan jeli. Pihak berkuasa Indonesia telah menarik balik minuman speed itu dari pasaran, manakala di negara lain seperti Filipina, penarikan baru dilakukan secara sukarela oleh sejumlah supermarket pada akhir bulan lalu. Hasil pemeriksaan oleh badan pengawasan makanan Filipina  memang mengesahkan terdapat kandungan DEHP yang tinggi dalam minuman Speed itu.

Pemeriksaan oleh badan pengawas makanan Hong Kong pula mendapati dua produk minuman, iaitu Speed Sports Drink dan Speed Lemon mengandungi DEHP. Walaupun baru dua produk kesihatan yang diuji, namun akhirnya pihak berkuasa Hong Kong telah menarik beberapa produk kesihatan lain berasal dari Taiwan yang disyaki turut mengandungi DEHP..

Sementara itu  di Taiwan,pemilik syarikat minuman kesihatan tersebut telah ditahan polis dan jika didapati bersalah dia mungkin akan dihukum 6 bulan penjara kerana menambah bahan yang tidak dibenarkan dalam minumannya.

(Sumber info: foxnews & dok.info.gov.hk)

5 comments:

  1. hati2 tau.klu dah kecil susah masa depan..hihihi

    ReplyDelete
  2. Diana: JR tak suka minuman kesihatan...

    ReplyDelete
  3. currentlife2u: Jgn tak tau ada yg kecil2 cili padi, kecil tapi berapi!!!

    ReplyDelete
  4. Bagus utk org pompuan ni kecik kan tuut...!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....