»

01 June 2011

Usia 26 Tahun Masih Ada Dara Pun Mereka Nak Heboh?


 
Beberapa agensi berita Barat semalam menyiarkan satu berita yang bagi mereka sangat pelik. Ia mengenai Emily Day (foto di atas) yang usianya 26 tahun tapi masih dara, masih belum disentuh oleh mana-mana lelaki. Pelikkah jika gadis 26 tahun masih dara? Tapi bagi masyarakat Barat ia sangat pelik. Jika tak pelik tak mungkin Emily menjadi bahan berita utama dan tiba-tiba popular hanya kerana dia masih dara pada usia 26.

Lalu Emily dari Chelmford, England itu pun dengan rasa penuh bangga menceritakan rahsia bagaimana dia dapat mempertahankan daranya hingga usia 26 tahun. Katanya dia berasa takut setiap kali berhadapan dengan lelaki, terutama jika berdua-duaan dalam bilik, sebab itu lelaki gagal merampas daranya.

Ada orang pula yang menuduh Emily adalah lesbian sebab hingga usia 26 tahun dia masih belum disentuh lelaki. Nampaknya bagi masyarakat Barat mereka berasa sangat pelik mengapa ada gadis yang hingga usia 26 tahun masih dara, hingga ada yang menuduh Emily seorang lesbian.

"Saya masih dara. Saya bukannya seorang lesbian. Saya langsung tak tertarik pada wanita," kata Emily mempertahankan dirinya.
Mengapa masyarakat Barat begitu kagum jika ada gadis yang berusia 26 tahun masih dara hingga mendapat liputan berita yang begitu hebat? Ini kerana di Barat anak gadis mereka biasanya sudah tidak ada dara sebaik saja memasuki alam remaja. Umur 15 tahun sudah hilang dara bagi mereka adalah perkara biasa, umur 20 tahun masih dara menjadikan mereka agak heran, tapi bila usia 26 tahun masih dara mereka hampir tak percaya bagaimana mungkin seorang gadis begitu tahan mengawal nafsunya pada usia itu?

Tapi bagi masyarakat Melayu Malaysia masih dara pada usia 26 tahun adalah perkara biasa. Ia bukan sesuatu yang pelik, kerana begitulah yang sepatutnya: mahkota kegadisan seseorang wanita hanya  wajar diserahkan kepada suami tercinta. Ramai gadis Malaysia kini berkahwin pada usia lebih 30 tahun kerana faktor kerjaya dan mereka ini rata-ratanya masih ada daranya. Malah di Malaysia ramai golongan yang digelar andartu berusia 40 hingga 50 tahun tapi masih belum kahwin dan masih ada daranya. 

Bagi kita di sini usia 40 hingga 50 tahun masih ada dara bukanlah sesuatu yang pelik dan luar biasa. Ada seorang penjual nasi lemak wanita berusia hampir 70 tahun tak jauh dari rumah JR yang masih belum kahwin (JR yakin dia masih ada dara), tapi berita mengenainya yang masih ada dara pada usia 70  tahun itu tak pernah disiarkan oleh mana-mana akhbar di Malaysia, kerana ia bukan berita luar biasa bagi kita di sini.

Bayangkan jika ada akhbar-akhbar Barat dapat tahu mengenai mak cik itu, tentu dia akan menjadi fokus tajuk berita utama mereka. Usia 26 tahun masih ada dara pun membuat orang Barat terkejut, apa lagi usia 70 tahun masih ada dara mungkin boleh membuatkan semua pengarang akhbar Barat dapat sakit jantung jika mengetahuinya!!

6 comments:

  1. macam2la..orang putih ni ek??huh

    tapi org kita pun ada gak prangai mcm2..
    xcaya meh baca entry saya ni..

    http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/entry-panas-hati-pendekar-berkuda.html

    ReplyDelete
  2. Die org ni memang pelik. Ade dara kecoh. Kite tak de dara kecoh.

    ReplyDelete
  3. dunia Barat...biasalah......

    ReplyDelete
  4. qaseh: Dah baca entry pasal encik kuda...marah berapi nampak, cold down, cold down..

    ReplyDelete
  5. rozie: namapun mat salih, tapi hati tak solih..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....