»

01 June 2011

Ugly Malaysian: Kalau Cam Nie Malaysia Memang Tak Layak Maju!!!



Bukan nak kata baik, tapi JR masih menghormati hak-hak orang lain. Seumur hidup JR tak pernah teringin mengambil hak orang, apa lagi bahan makanan yang akan menjadi darah daging kita.

Tapi tak sangka perangai hodoh, tak bertamadun dan kebulur masih menghantui sebahagian dari masyarakat Malaysia. Mereka sanggup mengambil hak orang tanpa rasa malu. Bila ada lori yang terbalik di lebuhraya, bukannya mereka nak tolong pemandu dan kalindan yang cedera, tapi mereka seperti  orang yang sudah sebulan tak makan, datang berebut-rebut barang yang jatuh dari lori. Malu sungguh!! Entah di mana disembunyikan maruah mereka: sembunyi celah ketiak atau celah kangkang?

Dan pagi tadi, kira-kira jam 9.30 pagi, terjadi satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah Rawang-Kelang. Sebuah lori yang membawa 700 kampit lori yang setiap kampit mengandungi 10 kilogram beras terbabas di lorong paling kiri lebuhraya. Akibat kemalangan itu, lori itu terbalik dan tayarnya tercabut. Beratus-ratus kampit beras bertaburan atas jalan. Nasib baik pemandu dan kalindannya tak cedera teruk.

Dan pengguna lebuhraya yang melaluinya, apa mereka buat? Mereka menolong pemandu dan kalindan yang cedera? Mereka tolong mengalihkan lori yang terbalik? Atau mereka tolong mengumpulkan kampit-kampit beras yang bertaburan?
Tidak, mereka tak buat seperti itu. Rakyat Malaysia yang berwajah hodoh, tak tau malu dan tak bertamadun itu sebaliknya menyerbu beramai-ramai lori yang terbalik itu dan melarikan kampit-kampit beras yang bertaburan. Sungguh memalukan!!

Mujurlah kenderaan bantuan lebuhraya Plus (Propel) datang untuk membantu mengumpulkan kembali kampit-kampit beras yang bertaburan di samping mengawal orang ramai dari terus menyamun kampit-kampit beras tersebut.

Memalukan!! Ini bukan kali pertama pengguna lebuhraya Malaysia berlagak seperti penyamun, mencuri harta benda kenderaan yang kemalangan. Pernah terjadi sebelum ini mereka mengaut licin wang  yang bertaburan atas jalan apabila van yang membawa wang terbabas di lebuhraya. Pernah juga berlaku lori yang membawa kampit beras terbalik dan kerana ketika itu tiada sesiapa yang mengawal keadaan, habis semua kampit beras dikebas oleh penyamun-penyamun Malaysia.

Sampai bila mentaliti rakyat Malaysia akan berubah? Kononnya Malaysia akan menjadi negara maju pada 2020, tapi layakkah Malaysia menjadi negara maju ketika mentaliti rakyatnya masih 'third class mentality?'

1 comment:

  1. x tahu halal dan haram ke mereka ni jr ? beras tu haram dan sama macam mencuri hukumnya.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....