
Benarlah kata orang tua-tua: mengasah belakang parangpun jika dibuat selalu pasti akan tajam! Dan itulah cerita aneh  tapi benar yang JR nak kongsi tengahari yang hangat ni... Kerana sering dilatih, akhirnya seekor kuda boleh melukis. Kuda yang bernama Napoleon berasal dari Friesian  Belanda ini telah menghasilkan banyak lukisan di bawah pengawasan  pelatihnya Sergio Caballero di  galeri seni Mutt National, Barcelona.
Mengikut Sergio, suatu hari dia mendapat  idea melukis bersama haiwan. Sergio  diyakinkan oleh temannya seorang jurulatih kuda bahawa kuda juga jika dilatih selalu mampu  melukis.

Sergio  menyiapkan kanvas dan meletakkan berus ke mulut Napoleon si-kuda itu. Kemudian  Napoleaon menggelengkan kepala dan membuat coretan di kanvas dengan  cepat. Dan hasilnya sungguh menakjubkan: satu lukisan yang begitu menarik!! Sejak itu, kuda  bernama Napoleon itu sering melukis....
Beberapa orang menyebut karya Napoleon berkonsepkan ekspresionisme abstrak. Yang paling  menarik tiga orang pembeli berstatus VIP telah membeli karya Napoleon  dengan harga yang mencapai harga antara € 3300 (RM16,220) hingga € 6.000 (RM29,491). Lumayan kan?

Lepas ni JR pun nak cuba mengajar kucing JR melukis. Kalau dapat pendapatan sampingan RM4,000 sebulan dengan lukisannya pun jadilah!!! Amacam...korang tak mau cuba dengan menggunakan lembu, ayam atau itik melukis?
(Sumber info: odditycentral.com & morrisonworldnews) 


nih yg jeles nih..sy yg manusia nih pon x pndai melukis..
ReplyDeleteRina: Cuba tengok lukisan kuda tu, entah apa2 yg ditenyehnya, tapi harganya mahal kerana ia dilukis oleh kuda...
ReplyDelete