»

11 June 2011

Lu Apa Kuasa Mau Ambil Gua Punya Lesen dan IC Haa?


Inilah gambar Hiew ambil yang membuat polis naik angin...

Hanya kerana mempertikaikan tindakan polis merampas IC dan lesen memandunya, seorang Pengurus Bank bernama Hiew Kok Ming, ditahan, digari dan disumbat selama tiga hari di lokap ibu pejabat trafik Melaka Tengah akhir bulan lalu. Mengapa polis merampas IC dan lesen memandunya? Mengikut polis tindakan itu diambil oleh anggotanya  kerana Hiew  tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.


Hiew Kok Ming press conference 


























Hiew, 26, ditahan selama tiga hari dalam lokap kerana didakwa mempersoalkan tindakan seorang anggota polis berpangkat sarjan yang mengambil IC dan lesen memandunya dengan berkata: "Lu apa kuasa mahu ambil gua punya lesen dan IC?"

Kata-kata itu membuatkannya bermalam di lokap selama tiga hari.

Hiew (gambar di atas) hari ini bagaimanapun dengan bahasa Melayu yang fasih menafikan dakwaan dia mengeluarkan kata-kata biadap itu.

Menurutnya, sarjan tersebut sebenarnya naik angin apabila Liew mengambil gambarnya dan dengan wajah marah polis itu segera menghubungi kereta peronda dan empat lagi pegawai untuk menahannya.

Hiew juga mendakwa semasa ditahan dalam lokap selama tiga hari, beliau tidak dimaklumkan haknya oleh pihak polis dan polis juga tidak membenarkannya menghubungi keluarga dan kawan-kawannya.

Moral kisah in ialah:

i)  Jangan bercakap kasar dengan polis. Panggillah polis dengan panggilan lemak merdu seperti "tuan" atau "encik" dan bukan "lu". Polis juga manusia yang ada harga diri.

ii)  Jangan ambil gambar polis, kerana setiap gambar akan menjadi bahan bukti yang sangat berkuasa di Mahkamah.

iii) Setahu JR, penjawat awam termasuk polis tidak boleh simpan IC dan lesen memandu orang lain, kecuali jika melibatkan jenayah berat lainlah. Jika benar dakwaan Hiew bahwa polis mengambil IC dan lesen memandunya, ia bermakna masih ramai polis yang tidak memahami undang-undang. Tapi apapun, untuk keadilan kita wajar dengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak...

(Sumber info:malaysiakini)

7 comments:

  1. memang polis trafik tak ada kuasa untuk ambil lesen dan IC seseorang...

    tang mana tah undang-undang tu mereka pakai...

    ReplyDelete
  2. Polis Raja Di Malaysia bukan Polis DiRaja Malaysia

    ReplyDelete
  3. Saya memang tidak pernah berkasar dengan polis trafik, tetapi dituduh dengan laporan palsu.

    Saya langsung tidak tahu kesalahan apa yang telah saya lakukan sehingga diklasifikasikan dalam Akta 186 sebagai "Menghalang pejawat awam menjalankan tugas". Saya terkejut apabila tuduhan dibacakan di mahkamah bahawa saya memaki-hamun sarjan tersebut dan memarahinya "Lu apa kuasa mau ambil gua punya lesen dan ic".

    Hakikatnya sarjan polis trafik tersebut telah menutup tag nama dan nombor siri polis beliau pada seragamnya.

    Beliau merampas lesen dan IC saya dan mahu saya mengikutnya ke balai polis. Beliau berasa tersinggung apabila saya ambil gambarnya dan nombor pendaftaran motor beliau lalu bertindak hendak merampas hp saya.

    Apabila gagal merampas hp saya, dia mengarahkan rakan-rakannya melalui walkie-talkie datang untuk menahan saya.


    Perkara yang sama berlaku kepada seorang wanita sehari sebelum kejadian dimana dia juga tidak memakai tali pinggang keledar tetapi dimasukkan ke dalam lokap bersama anaknya yand berumur 11 tahun kerana dituduh memaki polis dengat kata-kata kesat dan cuba melanggar polis. Wanita itu juga menafikan tuduhan tersebut.


    Edmund Hiew

    ReplyDelete
  4. ish2. polis2... salah guna kuasa atau tak tau kuasa?

    ReplyDelete
  5. semutapi: Ramai polis yg baik, yg berlagak Raja tu sikit saja...

    ReplyDelete
  6. IR: Kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

    ReplyDelete
  7. kes2 terpencil kot...
    senang cite, kalu dh salah mintak maaf je la, polis tu orang malaysia jugak, baik cara kite cakap, baik le die. mcne nk tulis saman kalu tak bg tgk ic, tu kene cas "menghalang pejawat awam menjalankan tugas". polis tiada hak untuk bawak balik ic korang, tp diorang ade hak tgk ic tu utk tulis saman. bg die tgk, jgn bg trus.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....