»

24 May 2011

Tujuh Makanan Paling Enak Yang Meloyakan Tekak


Korang kaki makan? Bagi korang yang kaki makan, korang boleh cuba beberapa makanan dari Afrika yang dikatakan sangat menyelerakan. Antaranya beberapa makanan  unik yang bagi beberapa kaum Afrika dikatakan menyelerakan, tapi bagi tekak kita mungkin meloyakan. Makanan-makanan itu ialah:
 
  1. Bushmeat

    bushmeat    Bushmeat ini lebih dikenali sebagai daging misteri. Apa yang berjaya mereka tangkap akan dihidangkan dengan label bushmeat yang mungkin terdiri dari daging buaya, mungkin ular, besok tikus, lusa monyet, minggu depan kucing liar, dan mungkin juga anjing liar.
    Bagi negara yang sering ditimpa musibah kebuluran seperti Kenya, Ivory Coast dan Guinea, makanan ini sangat popular kepada rakyat mereka. Daging misteri tadi digoreng, dibakar atau direbus dan dipangang secukupnya dan kemudian dimakan bersama....hmmmm...sedapnya!!
  2. Darah Lembu

    darah sapi
    Suku Masai di Kenya sangat menyukai  makanan ini yang seringkali dicampur susu. Di kalangan kaum Masai darah lembu dipercayai dapat memperkuatkan fizikal dan mental manusia. Darah ini diambil dengan cara menebuk pembuluh darah utama lembu dengan panah. Setelah darah diambil secukupnya, lubang tadi ditutup semula. Cara ini boleh diulang sebulan sekali tanpa menyebabkan lembu tadi terancam nyawanya.
    Biasanya darah beku dipisahkan manakala darah cair pula dicampur dengan susu dan diminum mentah-mentah. Bagi beberapa suku lain, darah ini dicampur dengan susu dan dimasak sehingga pekat, menyerupai scrambled egg.
  3. Ulat Mopane

    ulat mopane
    Mopane adalah sejenis ulat yang hanya boleh ditemui di Afrika Selatan. Ulat Mopane dianggap sebagai makanan unik yang menyelerakan. Ulat ini ditangkap, dipenyet dan diramas untuk membuang cairan yang ada di dalamnya. Setelah dipenyet, ulat kemudian dikumpulkan untuk dikeringkan di bawah sinar matahari atau dengan proses pengasapan untuk menambah keenakan rasanya.
    Ulat kering ini kemudian dimakan mentah-mentah sebagai snack, atau direndam dulu dan kemudian dimasak dengan sayur. Menurut mereka yang pernah memakannya, rasanya tidak jauh berbeza dengan daun teh hijau... huuuhhh!!
  4. Belalang Goreng

    belalang goreng
    Mungkin ini adalah cara balas dendam orang di Afrika terhadap makhluk perosak tanaman ini.
    Di Kenya, jika ada tanaman diserang belalang, pasti tidak lama kemudian ramai orang berduyun-duyun datang mengunyah-ngunyah belalang ini. Menurut mereka, belalang goreng ini lebih menyelerakan dari belalang yang dimakan mentah-mentah. Cara memasaknya sangat mudah: potong sayapnya, masukkan perasa, tumis sebentar, kemudian jemur sehingga kering. Mudah saja kan?
  5. Rayap

    rayap
    Serangga ini menarik sekali untuk ditangkap dan dikumpulkan. Di Uganda, rayap ditangkap melalui bunyian aneh yang dimainkan pada alat muzik dan hasilnya rayap ini akan keluar dari sarang. Di tempat lain, satu hujung sarang akan dipasang perangkap, sementara hujung sarang lainnya ditutup, jadi rayap akan berjalan sendiri masuk ke perangkap.
    Selain cara menangkap yang unik, cara memasaknya juga unik, misalnya di Maragoli, rayap digoreng kering sampai lemaknya keluar dan kemudian dibubuh garam. Di Nigeria, rayap dibakar atau digoreng dengan minyak, dipanggang, atau digiling menjadi tepung.
  6. Kepala Kambing

    kepala kambing
    Kepala Kambing ini dihidangkan di banyak restoran kelas atasan di Nigeria. Kepala tadi dibersihkan dari bulu yang menutupi kulit kepala dengan cara dicukur dan kemudian dibakar. Setelah bersih, kepala ini dipotong-potong dengan kapak dan direbus dengan perasa bawang putih, tomato, cili dan berbagai perasa lain.
    Bahagian yang paling sedap adalah otak, lidah, kuping telinga dan mata. Mata kambing biasanya diberikan kepada tetamu kehormat kerana harganya yang lebih tinggi.
  7. Weevil
  8. larva weevil
    Weevil adalah sejenis kumbang Afrika yang banyak ditemui di Benua Hitam ini. Di negara seperti Nigeria, larva kumbang ini disebut sagoo grubs. Panjang larva ini boleh mencapai 10 sm dengan lebar 3 sm, dengan kandungan lemak yang sangat tinggi.
    Penduduk tempatan Nigeria  menyatakan bahawa larva ini adalah makanan yang paling sedap di dunia. Biasanya larva ini diambil dari pokok sagu, kemudian diproses dengan cara dibelah, dicuci dan digoreng untuk kesedapan yang tak terkata.  (Sumber info: Okebanget)

2 comments:

  1. erk enak ke makanan macam ni jr ? rasanya sangat tak enak.. hahaha

    Perempuan lebih kedekut ?

    ReplyDelete
  2. Freaky: Enak tak enak satu hal, halal tak halal satu hal lagi...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....