Di dalam kereta inilah peristiwa sedih itu berlaku...
Kadang-kadang peristiwa seperti ini berlaku bukan saja di Malaysia, tapi juga di luar negara. Ia boleh dikatakan sebagai kes cuai dan jika di Barat ibubapa akan dikenakan hukuman berat atas tuduhan cuai menjaga anak.
Kes yang berlaku di Tumpat semalam sangat menyayat hati: Seorang bapa menangis terisak-isak kerana anaknya yang sebelum itu segar bugar tiba-tiba menjadi mayat sejam kemudian selepas dia menziarahi mayat sepupunya. Tindakan tergesa-gesa si-bapa yang tidak mahu ketinggalan menghadiri upacara pengebumian sepupunya akhirnya mengundang padah apabila dia pula kehilangan anak bongsunya yang lemas selepas ditinggalkan tidur bersendirian di dalam keretanya.
Kejadian pukul 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Morak, Tumpat itu menyebabkan Nor Izyan Natasya Ishak, 3, menemui ajal selepas dia dibiarkan tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil bapanya selama hampir satu jam dalam keadaan kesemua pintu dan tingkapnya tertutup rapat. Bapanya mendakwa dia tergesa-gesa keluar kereta untuk ke tanah perkuburan dan terlupa anaknya ada di dalam.
Bapanya hanya menyedari anaknya tertinggal dalam kereta satu jam kemudian selepas upacara pengkebumian sepupunya selesai. Ketika ditemui, keadaan Nor Izyan begitu lemah manakala tubuh serta pakaiannya lencun dibasahi peluh kerana bapanya, Ishak Salleh meletakkan kereta itu di bawah panas terik. Jarak antara kereta dan kubur itu kira-kira 500 meter.
Anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu akibat kekurangan oksigen. Pihak polis mengklasfikasikan kematian itu sebagai kematian mengejut.
JR tak mau komen apa-apa mengenai tindakan bapa yang "terlupa" meninggalkan anaknya dalam panas terik di dalam kereta itu, kerana ia pasti bukan sesuatu yang disengajakan. JR sangat bersimpati kepada Ishak dan keluarganya dan berharap mereka tabah menghadapi ujian seberat itu yang pasti akan diingati seumur hidup mereka.
Kepada pembaca blog ini diharap peristiwa seperti itu dijadikan iktibar oleh kita semua supaya tidak memandang ringan keselamatan anak-anak ketika di dalam kereta.
Al-fatihah daripada JR kepada Allayarham Nur Izyan, semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang disayangi Allah. Al-fatihah.....
Diana: mungkin bapanya TERLUPA beli akhbar...
ReplyDelete