»

23 May 2011

Tragedi Tanah Runtuh: Peristiwa Ajaib Ketika Talqin Mayat Di Kuburan


l

Tanah perkuburan Islam Dusun Naning, Hulu Langat semalam diselubumi rasa pilu apabila 500 sanak saudara dan penduduk sekitar mengiringi pengkebumian tujuh mayat kanak-kanak yang meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim al-Taqwa.

Namun satu hal yang tak dapat dilupakan oleh Ustaz Shahrunnizam  Muhammad Sukarman ialah ketika memimpin bacaan doa dan talqin di kuburan, dia merasai satu rasa tenang, satu rasa tenang yang luar biasa..suatu rasa yang baginya sangat aneh kerana inilah pertama kali sepanjang beberapa tahun menjadi imam dia merasa jiwanya sungguh tenang ketika membaca doa dan talqin.

"Kebiasaannya hati saya diselubungi perasaan hiba dan sedih etapi entah kenapa perasaan saya kali ini begitu damai dan teruja semasa memimpin bacaan doa dan talqin buat tujuh kanak-kanak ini. Saya bersyukur kerana diberi tanggungjawab untuk memimpin bacaan doa dan talqin buat tujuh jenazah pelajar sekolah agama ini kerana ketika membaca doa terasa seperti doa yang dibacakan itu diterima oleh Allah SWT", kata Ustaz Shahrunnizam.

Semoga mereka yang pergi disediakan tempat yang mulia di kalangan roh mereka yang beriman. Seperti kesepakatan ulamak bahwa kanak-kanak yang belum baligh apabila meninggal tempatnya ialah di syurga. Dan mungkin wangi keharuman aura syurga itulah yang menyebabkan hati Ustaz Shahrunnizam begitu damai, tenang dan teruja ketika memimpin bacaan doa dan talqin di tanah perkuburan Islam Dusun Naning semalam....

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....