»

23 May 2011

Kini Metro Keluarkan Akhbar Yang Boleh Dimakan Pula...Emmm, Sedap

Bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan adalah perkara biasa bila telinga dibingitkan dengan teriakan, "Paper lama, paper lama, peper lama..." hampir setiap hari. Kalau hari cuti umum teriakan itu makinlah kerap.

Apa yang biasanya korang lakukan dengan surat khabar lama? Kumpul dan kemudian bakar? Jangan buat macam tu, ia satu pencemaran alam sekitar!! Jadi nak buat apa dengan surat khabar lama? Jual kepada pembeli kertas dengan harga yang tersangat murah seperti yang selalu JR buat?

Redaksi akhbar Metro di United Kingdom punya idea menarik bagi mengelakkan surat khabar lama bertimbun dalam rumah dan menjadi sarang tikus. Caranya ialah dengan mencipta akhbar yang boleh dimakan!! Selepas saja habis membaca, kunyahlah akhbar itu sampai kenyang. Satu idea yang menjimatkan, tak perlu lagi kita memikirkan apa nak buat dengan akhbar lama. Sarapan pagi cukup dengan makan akhbar saja!!

Idea untuk mencipta akhbar yang boleh diamakan ini diilhamkan oleh Heston Blumentha, “Akhbar yang boleh  dimakan ini sedikit sebanyak merupakan obsesi saya,” katanya. 

Soal rasa akhbar tu pula bagaimana? Sedap ke tak sedap?

Untuk menguji kesedapannya sejumlah sukarelawan dijemput bagi merasa akhbar Metro itu. Apa reaksi mereka?

Para sukarelawan selepas mengunyahnya ramai yang mengangguk-nganggukkan kepala menandakan akhbar itu memang lazat. Mereka memuji-muji adunan akhbar itu yang terdiri dari tepung maizena, minyak sayur, roti arab, air dan asid sitrat yang dimasak hingga menjadi pasta liat dan dibentuk menjadi lembaran akhbar. Pasta itu kemudian ditaburkan ke lembaran tipis melalui kasa sutra yang diatur sedemikian rupa menjadi headline, foto dan artikel. Proses pembuatan dan percetakan akhbar penuh kelazatan ini memerlukan beberapa jam untuk siap dibauri aroma vanila yang baunya amat lembut. 

Emmm...Bagaimana dengan akhbar Metro Malaysia dan akhbar-akhbar lain? Jika akhbar Metro United Kingdom boleh melakukannya, Metro Malaysia tak mahu mencubakannya ke? Nama akhbar sama, kalau ada rasa yang sama tentu bagus kan?

(Sumber info: metro.co.com)

4 comments:

  1. huh???? agak2 ada perisa ape eah? hahah :))

    ReplyDelete
  2. makan paper ? hahaha kalau sedap macam kek tape la.. bole freaky balun sume yang ade.

    ReplyDelete
  3. dayah: perisa semua ada kot, kecuali perisa durian sebab omputih tak suka durian...

    ReplyDelete
  4. Freaky: Kalau paper tu dah sampai kat sini, JR akan belanja Freaky makan...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....