JR tau kebanyakan pembaca blog ini orang Islam. Orang Islam pula diharamkan minum arak. Pemimpin-pemimpin Malaysia selalu bangga negara ini adalah negara Islam.
Tapi tahukah korang, Malaysia telah dinamakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara 10 negara paling tinggi peminum arak di dunia? Malaysia sebagai negara Islam menjadi antara 10 negara paling ramai penagih arak di dunia....biar betul!! Aduh, sebagai orang Islam malunya JR kerana negara Islam telah dinobatkan sebagai 10 negara peminum arak yang paling hebat di dunia. Malunya aku!!!
Berdasarkan statistik WHO, orang Malaysia, termasuk orang Melayu Islam, menghabiskan RM1.5 bilion untuk membeli alkohol dengan penggunaan 7 liter per kapita.
Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan keluarga, Heng Seai Kie menyatakan masalah ketagihan alkohol semakin serius di negara ini.
"Alkohol bukan saja masalah kesihatan, tapi ia menyumbang kepada kenaikan kes kematian akibat kemalangan jalan raya" katanya.
Malunya aku, malunya aku, di mana akan ku letakkan muka kerana negara Islam sendiri menjadi negara penagih arak tersohor dunia?
(Sumber info: Dailychille)
sape yang minum ? orang cina ? kalau semua org cina yg minum pun belum tentu masuk dalam ranking top 10.. sudah tentu la orang islam di negara ni sendiri.
ReplyDeleteLet the Pictures Fool You
Tak tahu nak komen macam mane.. Macam mane boleh jadi macam ni ek???
ReplyDelete