Tahukah korang hari ini ialah "Hari Al-Nakba" dalam Bahasa Arab atau "Hari Malapetaka" dalam Bahasa Melayu? Malapetaka untuk siapa hari ini? Malapetaka untuk JR? Malapetaka untuk blogger? Malapetaka untuk rakyat Malaysia?
Pada hari ini 63 tahun dahulu - 15 Mei 1948, orang-orang Palestin yang kebanyakannya terdiri dari etnik Arab Islam dan Arab Kristian telah diperintahkan meninggalkan negara mereka oleh penjajah Britain, Amerika dan Perancis. Sesiapa orang Arab yang masih tinggal di Palestin diugut untuk dibunuh dan disembelih berama-ramai seperti ayam. Akibatnya 800,000 rakyat Palestin beragama Islam dan Kristian keluar beramai-ramai meninggalkan rumah, tanah dan ladang mereka ke negara jiran Palestin: Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan.
Ketika orang-orang Arab Palestin meninggalkan tanah air mereka, orang-orang Yahudi kebanyakannya dari Amerika dan Eropah berduyun-duyun memasuki Palestin untuk menduduki tanah, ladang dan rumah yang ditinggalkan oleh orang-orang Palestin. Orang-orang Yahudi kemudian mengisytiharkan negara Palestin yang mereka duduki secara haram dan kejam itu sebagai "Israel". Israel adalah sebuah negara haram yang dibina daripada keringat dan darah rakyat Palestin yang mereka usir dan bunuh beramai-ramai.
Sehingga kini - selepas 63 tahun - orang Palestin belum dapat pulang ke tanah air mereka yang dirampas oleh Yahudi. Mereka kini kebanyakannya tinggal di semenanjung Gaza yang dulunya kepuyaan Mesir dan Tebing Barat yang dulunya kepunyaan Jordan. Walaupun mereka namakan tempat tinggal mereka sekarang di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sebagai negara Palestin, tapi ia bukan Palestin sebenar, kerana Palestin sebenar ialah tanah yang bernama Israel sekarang yang dulu adalah tanah air mereka.
Amerika, Britain dan Perancis adalah tiga kuasa utama yang bertanggung jawab menghalau rakyat Palestin keluar dari negara mereka. Itulah tiga kuasa dunia yang kejam dan zalim yang kini menguasai ekonomi dan politik dunia. Itulah tiga kuasa dunia yang menzalimi orang Islam, menghina orang Islam. Malangnya itulah juga tiga kuasa dunia yang sangat orang Islam (termasuk Malaysia) hormati, hingga bila putera Raja England berkahwin, kita meraikannya seperti meraikan perkahwinan anak-anak Raja kita.
Tanggungjawab membebaskan Palestine dari Israel dan sekutu Baratnya bukanlah hanya tanggungjawab pemuda Palestine atau sekitar Arab tetapi ianya juga adalah tanggungjawab seluruh umat Islam. Tapi apa yang umat Islam lakukan? Kita mengkagumi Amerika dan sekutunya, pemimpin-pemimpin kita terlalu menghormati Amerika dan sekutunya dan kita seperti tak dapat hidup tanpa menggunakan barang dan makanan mereka seperti KFC, Mc Donald dan pizza....
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....