»

16 May 2011

Assalamualaikum Cikgu




Hari ini 16 Mei 2011 ialah Hari Guru. Sempena Hari Guru, JR nak ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru di negara ini. Setiap kali tibanya Hari Guru, JR pasti teringat kepada sajak "Guru Oh Guru" ciptaan Sasterawan Negara, Osman Awang (Allayarham). Seperti kata Allayarham menerusi sajaknya itu, tanpa guru tak mungkin hari ini hadir di depan kita seorang Perdana Menteri, seorang Raja, seorang ulamak, seorang peguam dan seorang kita. Tanpa guru siapalah kita?

Hayati sebahagian dari bait-bait sajak mengenai guru oleh Osman Awang:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

JR: Guru oh guru, tanpa kau siapalah aku?

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....