»

15 May 2011

Ada Sapa-Sapa Berani Jadi Suami Kepada Pontianak Ni??

Maria Hose Cristerna
 
 
Asalnya dia wanita biasa yang berkerjaya baik dan punya famili sendiri. Dia seorang pengacara yang berasal dari keluarga yang sangat taat kepada agama. Sebagai wanita cantik yang digilai ramai lelaki dia berkahwin muda, pada usia 17 tahun. Tetapi Maria Hose Cristerna, seorang ibu dengan empat anak berusia 35 tahun dari Mexico ini kemudiannya lebih dikenali sebagai "wanita pontianak" di negaranya. 
 
Mengapa Maria menjadi pontianak? 
 
Mexican tattoo artist Maria Jose Cristerna, known as 'Mujer Vampiro' (Vampire Woman), attends a photo opportunity during the
 
Dia menjadi pontianak bukan kerana sumpahan atau kerana dirasuk pontianak lain. Dia sebenarnya meminati seni tatu dan mengukir tubuhnya sendiri dengan seni tatu ala pontianak yang ekstrim.


Mexican tattoo artist Maria Jose Cristerna, known as 'Mujer Vampiro' (Vampire Woman), attends a photo opportunity during the

Maria mengaku mula meminati seni tatu setelah menderita dalam perkahwinan  akibat selalu disiksa suami selama bertahun-tahun. Selepas memiliki tatu, suaminya bukan saja tak menyiksanya lagi, tapi menghindarinya. Kini  hampir 100% tubuhnya dihiasi tatu, malah sepasang tanduk titanium juga ditanam di dahinya manakala  implan taring palsu ditanam digusinya bagi menambah kengerian wajahnya.

Mexican tattoo artist Maria Jose Cristerna, known as 'Mujer Vampiro' (Vampire Woman), attends a photo opportunity during the

Walaupun wajah wanita ini benar-benar menyerupai pontianak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, namun mengikut Maria dia belum berpuashati, katanya transformasinya masih belum lengkap. Dia bercita-cita  mempunyai lebih tanduk titanium ditanamkan di belakang kepalanya. 

Kepada lelaki yang membaca blog ini, amacam...cantik tak Maria si-pontianak dari Mexico tu? Bagi sapa-sapa yang jatuh hati dengan tanduk, kuku dan taring wanita ini dan berani mengoratnya, dipersilakan berbuat demikian....

(Sumber info: mommadeaesy.com)

4 comments:

  1. ya Allah huduhnya rupa... sekali tgk terus tamao tgk dah. hehehe takot

    ReplyDelete
  2. huduh giler diorang ni abg JR

    ReplyDelete
  3. Freaky: Hihihi..tapi kalau dah jodoh, hodohpun apa nak buat?

    ReplyDelete
  4. IR: Rupa asal cantik tapi sengaja dihodohkan, macam2 mat salih nih...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....