»

22 May 2011

Sampai Hati Kak Jat Kata Kat Rumah Anak Yatim Macam Tuu....















Ketika





Ketika rakyat Malaysia masih bersedih dengan tragedi keruntuhan Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat yang mengorbankan 16 nyawa dan mencederakan 9 yang lain, JR sedih kerana ada pihak-pihak yang menyalahkan sesuatu pihak lain kerana tragedi itu. Jika ada blogger yang tak cerdik buat kerja ini tak apa juga, kerana mereka memang tak cerdik, tapi jika menteri pun bercakap bahasa yang hampir sama, apa ke halnya?
 
Bernama  memetik Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil (Kak Jat) yang berkata  rumah anak yatim itu tidak berdaftar di bawah Kementeriannya dan mungkin juga mana-mana agensi di kementerian lain.

"Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya (seperti menyindir) kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam.



rosmah hilton hotel 221209 sharizat



























Bagi JR ketika ramai kaum keluarga mangsa tanah runtuh itu sedang bersedih, usahlah diungkit-ungkit dulu soal berdaftar tak berdaftar rumah anak yatim ni. Kalau soal berdaftar, banyak lagi agensi tak berdaftar, termasuk NGO yang bersepah-sepah di negara ini. Dan kalau dikira berdaftar, premis empat nombor ekor dan toto pun berdaftar, tapi ketika kita sedang bersedih ini wajarkah soal tak berdaftar rumah anak yatim tu diperbesarkan? Tak boleh ke di KIV dulu soal pentadbiran yang gampang diselesaikan ini?

Sepatutnya apa yang kerajaan patut buat (Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor) ialah menyelaraskan bantuan terhadap waris anak-anak yatim sama ada yang meninggal atau cedera dan memastikan rumah anak yatim itu dapat beroperasi semula seperti biasa nanti. Kalau tempat itu tak selamat, pindah ke tempat lain. 

Tapi mengungkit-ngungkit siapa salah siapa tak salah semasa semua kita masih bersedih bukanlah satu tindakan bijak buat masa ini. Bayangkan waris-waris yang anaknya meninggal dan cedera dikatakan tinggal di rumah anak yatim yang tak sah, betapa sedihnya mereka.....

6 comments:

  1. haha die pun sama cerdik dengan isteri PM.. sabo je laaaa jr

    ReplyDelete
  2. Freaky...ya mereka memang "cerdik"...

    ReplyDelete
  3. menteri pun cakap macam ni..nak kata apa lagi. aishh!!


    Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

    ReplyDelete
  4. Kalau kene batang hidung sendiri baru die tahu

    ReplyDelete
  5. De Mois: menteri pun org juga kan, kdg2 buat silap...

    ReplyDelete
  6. Pena Rozie: Anak2 menteri tak dihantar ke rumah anak yatim, anak mereka dihantar ke oversea...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....