»

22 May 2011

Soalan Kuiz: Jika Jumpa Wang RM135,000 Apa Korang Nak Buat?

  Dari kiri ke kanan: Josh dan istrinya Tara Ferrin mengembalikan wang kepada Dennis dan Kay Bangerter
 
Jika korang terjumpa wang melebihi RM135,000 apa korang nak buat? Dan wang yang dijumpa itu bukan di tepi jalan, bukan di luar bank, tapi ia dijumpai dalam rumah yang sedang korang duduki. Nah, jika korang dalam situasi itu adakah korang:
 
i)  Senyap-senyap pergi ke bank dan memasukkan wang itu ke dalam akaun korang.
 
ii)  Gunakan wang itu untuk membeli kereta atau rumah baru.
 
iii) Ambil separuh dari wang itu untuk simpanan bank dan keguaan lain manakala separuh lagi didermakan kepada masjid, rumah anak yatim dan institusi kebajikan yang lain.
 
iv)  Pergi mencari pemilik wang itu dan menyerahkan kesemua RM135,000 itu kepadanya.
 
Anggap saja soalan di atas sebagai kuiz. Jadi apa korang nak buat dengan wang itu?
 
JR tanyakan soalan itu kerana di Salt Lake City, Amerika seorang lelaki bernama Josh Ferrin secara tak sengaja menemui beberapa karung berisi wang di dalam rumahnya yang jumlahnya sangat lumayan: 45 ribu dollar AS atau RM135,661.

Ferrin membeli sebuah rumah baru di Bountiful,Salt Lake City, Amerika Serikat (AS) dan satu hari ketika dia berjalan menuju ke garaj dia melihat beberapa bungkusan seperti terjuntai di atas siling. Ketika dia memanjat di bahagian atas garaj tak lama kemudian, dia menemui lebih banyak bungkusan dan sebuah kotak besi.

"Saya takut, dan mengunci wang itu ke dalam kenderaan serta menelefon isteri saya," katanya. 
 
Josh dan anaknya Lincoln mengeluarkan wang yang ditemui dari kereta untuk dihantar kepada pemiliknya..
 
 
Walaupun ketika itu  Ferrin menyatakan dia menghadapi masalah kewangan tapi dia berfikir adalah tak wajar untuknya mengambil sesuatu yang bukan haknya. Dia kemudian memutuskan mengembalikan wang lebih RM135,000 itu kepada penjual rumah yang menduduki rumah tersebut sebelumnya, Arnold Bangerter.

Berita mengenai manusia-manusia berhati emas seperti Ferrin ini jarang-jarang ditemui. Yang selalu kita temui di Malaysia negara di mana manusianya dikatakan sopan santun ini ialah kisah pencuri, penyamun, perompak dan peragut yang akan mengambil apa saja jika kita terlalai seketika. Malah bila ada lori atau kenderaan membawa muatan berharga terbabit dalam kemalangan di lebuhraya, ramai yang berhenti untuk mengambil apa saja di depan mata seolah-olah barang orang itu adalah barang mereka sendiri.
 
(Sumber info: ksl.com)

2 comments:

  1. nak guna duit tu, takot nanti tuan punya duit minta balik. Jadi better bagi polis la nak selamat.

    ReplyDelete
  2. Freaky: Terbaik....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....