Pagi tadi ketika ke klinik kerana sesuatu urusan, JR terlihat seorang gadis berkulit putih melepak dengan tubuh yang agak sexy. Tapi bila menatap wajahnya, JR begitu terkejut kerana dia mempunyai misai dan janggut halus menyerupai lelaki!! Kulitnya yang cerah menyerlahkan lagi penampakan bulu-bulu halus di wajahnya. Adakah dia ke klinik untuk mendapatkan rawatan penyakitnya itu? Kesian dia...
Lelaki berbulu lebat (seperti JR???) mungkin dianggap macho, tetapi keadaan sebaliknya bagi wanita seperti yang JR jumpa tadi. Wanita berbulu lebat akan mengundang perhatian ramai dan mereka yang mengalaminya seperti gadis tadi pasti rasa sangat malu.
Mengapa ada wanita yang berbulu lebat dan adakah ia sesuatu yang normal? Dari segi perubatan, masalah pertumbuhan bulu berlebihan ini dikenali sebagai hirsutism. Bulu berlebihan ini biasanya tertumpu di bahagian muka, dada, sekitar areola, punggung, paha serta sekitar alat sulit. Ia berpunca dari penghasilan hormon androgen berlebihan, komplikasi pengambilan ubat-ubatan selain impak penyakit kronik yang dialami individu berkenaan.
Secara kosmetik, bulu yang berlebihan ini boleh dikurangkan secara bleaching atau diwarnakan supaya kurang jelas kelihatan, cukur, cabut serta secara elektrolisis dan juga perawatan laser terutama bulu yang tumbuh di muka.
Namun bagi rawatan pengambilan ubat-ubatan, ia memerlukan rundingan lanjut dengan doktor. Pil cegah kehamilan pada dos estrogen yang tinggi boleh membantu. Bagaimanapun, ada banyak lagi senarai ubat-ubat boleh digunakan, tetapi perlu mendapat preskripsi oleh doktor supaya kesan samping dapat diminimumkan.
(Sumber info: sihatselalu)
Namun bagi rawatan pengambilan ubat-ubatan, ia memerlukan rundingan lanjut dengan doktor. Pil cegah kehamilan pada dos estrogen yang tinggi boleh membantu. Bagaimanapun, ada banyak lagi senarai ubat-ubat boleh digunakan, tetapi perlu mendapat preskripsi oleh doktor supaya kesan samping dapat diminimumkan.
(Sumber info: sihatselalu)
erkk x pernah jumpa lagi perempuan berbulu lebat melampau.. mintak jauh la daripada jumpa. hehe
ReplyDeleteFaedah Menyuntik BOTOX
Freaky: Pompuan bulu sikit2 memang sexy, tapi bila dah lebat takut lak nak ngorat kan?
ReplyDeletelagi info tentang bulu lebat di SIHAT SELALU - Hirsutism - Wanita Bulu Lebat
ReplyDeletewell I think I am in that category tapi xlah lebat sgt di dagu..entahla kurniaan tuhan nak wat cmne..
ReplyDelete