Ini keranda bersalut emas...
JR selalu bertembung dengannya. Maksud JR dengan keranda-keranda bergerak itu. JR selalu bertembung dengan keranda-keranda bergerak itu. Korang juga mungkin pernah bertembung, tapi korang tak sedar. Ia keranda bewarna kuning, ia bergerak kadang-kadang perlahan dan kadang-kadang laju diiringi asap tebal yang membingitkan hidung.
Korang sedar tak keranda bergerak itu korang temui setiap hari?
Sebenarnya keranda bergerak itu ialah benda ni:
Ya, ia bas sekolah, bas sekolah!! Mengapa bas sekolah digelar keranda bergerak? Bukan semua bas sekolah merupakan keranda bergerak. Cuma terdapat 10,000 bas sekolah yang digelar keranda bergerak kerana bas-bas ini adalah merupakan bas-bas lama yang tidak mempunyai permit kerana pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menangguhkan permohonan pengusaha-pengusaha bas ini untuk mendapatkan kelulusan permit secara sah. Tapi walaupun tak mendapat permit sah pengusaha-pengusaha bas sekolah terus beroperasi membawa murid-murid sekolah berulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari.
Mengapa pengusaha-pengusaha bas haram yang berjumlah 20,000 buah ini terus beroperasi wallaupun tak mendapat permit? Pertama, kerana mereka kata mereka telah membuat permohonan tapi SPAD tak meluluskannya. Kedua, kerana permintaan untuk mendapatkan bas sekolah tinggi dan ibu bapa tidak pernah periksa sama ada bas yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu ada permit atau tidak. Ketiga, pengusaha bas ini kemaruk wang, apa meraka peduli ada permit atau tidak, apa mereka peduli ada murid mati atau tidak, yang penting wang masyuuuuuukkkk....Murid masuk kubur tak apa, yang penting pengusaha bas ini tak masuk kubur, mereka cuma masuk wang!!!
Yang malangnya ialah murid-murid yang menaiki bas itu. Jika jadi kemalangan mereka akan cedera atau mati katak, kerana bas yang tak mempunyai permit tidak dilindungi oleh insuran. Bas-bas haram ini juga kebanyakannya sudah tua, oleh itu risiko kemalangan adalah sangat tinggi. Bila terjadi kemalangan dan mengakibatkan kematian, jadilah bas-bas ini sebagai keranda yang mengabadikan nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa....
Dan apa kerajaan buat, tak kan perhati saja kot??
keranda bergerak.. ingatkan ada keranda betol td. haha suspen nak baca tadi
ReplyDeleteFreaky: Keranda bewarna kuning itu ada di mana2...
ReplyDelete