»

11 May 2011

Malaysia Boleh: Jual Sampah Pun Boleh Jadi Hartawan


Operasi keluarga hartawan yang tinggal di Batu 10 Jalan Gombak Lama, Selangor ini sungguh mudah: pergi ke tempat buangan sampah, cari apa saja barangan luput tarikh yang dibuang di tapak pelupusan sampah, bawa balik ke rumah barangan luput tarikh itu untuk dipaket semula dengan menanggalkan tarikh luput dan kemudian menjualkannya semula kepada pekedai runcit dan kantin sekolah.

Barang luput tarikh yang dijual oleh keluarga ini yang diambil dari tapak pelupusan sampah terdiri dari pelbagai barangan yang perlu ada di dapur dan bilik air kita: susu cair, susu tepung, minuman bergas, sardin dalam tin, sos, koko untuk ais krim, shampoo dan sebagainya. Sesetengah barangan ini telah luput tarikh sejak 3 tahun lalu dan mendapat sambutan hangat pembeli kerana harganya yang sangat murah.

Akibat perbuatan keluarga tak bertanggung jawab ini, keluarga itu menjadi kaya raya dalam tempoh singkat hingga berjaya membina banglo mewah hasil dari jualan barangan luput tarikh itu. Namun, akhirnya kegiatan mereka berjaya dihidu oleh pegawai dari Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan akhirnya keluarga tersebut ditahan oleh penguatkuasa KPDNKK siang tadi.

Sepanda-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah!!

Pesanan JR: Berhati-hati bila membeli barangan murah, mungkin ia barangan yang telah luput tarikh...

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....