Kesian Datuk Siti Nurhaliza. Dia popular dengan banyak lagu yang meletup dan imejnya yang sentiasa bersih.
Tapi adik beradik Datuk Siti suka buat masyarakat gempar dengan skandal yang entah betul entah tidak. Dulu pernah heboh dengan berita adik perempuan Datuk Siti bernama Siti Saerah yang bersalin selepas empat bulan berkahwin. Pagi tadi heboh pula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur (baca di http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/5/12/mstar_hiburan/20110511163822&sec=mstar_hiburan) tentang kakak Datuk Siti bernama Siti Norsaida Tarudin atau Saida yang berlaku curang dengan suaminya.
Saida (di tengah) sedang berbincang dengan peguamnya di luar mahkamah
Esok mungkin berita panas ini akan masuk akhbar. Maklumlah etika wartawan Malaysia yang suka bikin sensasi! Dan nama Datuk Siti yang tak tau apa-apa itu diseret sama kerana perbuatan adik beradiknya.
Memang susah jadi artis. Kesian Datuk Siti.....
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....