Ini berita tak berapa baru yang JR dengar dari sumber sahih yang orang pompuan pasti suka dengar: Salih Yaacob yang kini punya tiga isteri (macam cerita Madu Tiga P.Ramlee) nak kawin satu lagi!! Dengan tiga isterinya sebelum ini, Salih 50 tahun dianugerahkan 11 anak, tentu lepas ni Salih akan tambah..tambah.. dan tambah anak lagi sampai 20!! Bila dah ada madu empat bermakna kuota untuk Salih dah cukup, lepas ni dia tak boleh kawin lagi!!
Isteri nombor empat Salih kabarnya bukan calang-calang orang, dia seorang gadis berusia 24 tahun yang masih menuntut di UiTM Shah Alam. Bertuah gadis ni kerana Salih akan menghadiahkannya sebuah BMW..muda-muda lagi dah dapat pandu BMW..
Tahniah kepada Salih!! Biarpun mempunyai tiga isteri pada satu masa, amat jarang kedengaran cerita kurang enak mengenai rumah tangga pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio Sinar FM tu. Bijak sungguh Salih menjaga kerukunan rumah tangganya, berbanding dengan sesetengah orang yang isteri seorang pun susah nak jaga..
JR: Setia pada yang satu...Tak pernah terniat memenuhi tiga lagi kuota yang masih terbuka....
hebat die tu. kene berguru dengan dia. hehehe
ReplyDeleteFreaky: Aik...Nak berguru dgn dia pula? Nasib baik awek freaky tak baca komen ni...hihihi
ReplyDelete