»

12 May 2011

Jika Siti Nurhaliza Jadi Isteri Perdana Menteri

prev33.jpg
 Datuk Siti dan Datin Seri Rosmah

Malam tadi JR ada buat entry bertajuk, "Kesian Siti Nurhaliza". Dan JR ramalkan dalam entry tu bahwa berita kakak Datuk Siti akan menjadi antara berita besar di akhbar-akhbar hari ini. Rupa-rupanya ramalan JR itu betul. Kosmo menyiarkan di muka depan berita besar dengan tajuk besar: 

"Nursaida Ada Kekasih Lain"

dan di bawahnya ada tajuk kecil:

"Mohd Ghazali tuduh kakak penyanyi Siti Nurhaliza abai tanggungjawab sebagai isteri, ibu"

Yang JR nak persoalkan ialah mengapa jika kakak Datuk Siti mempunyai skandal dengan lelaki lain, nama Datuk Siti diseret sekali? Mengapa? Mengapa tak disebut nama Nursaida saja tanpa menyebut dia adalah kakak kepada Datuk Siti?

Adakah kerana Datuk Siti popular? Atau itu memang etika kewartawanan yang suka memburuk-burukkan nama mereka yang terkenal?

Bagaimana jika orang itu ialah JR yang tak terkenal atau Pak Abu si-tukang sapu, ah Chong si-pekedai runcit atau Maniam s-tukang gunting rambut adakah nama mereka juga akan disebut jika kakak mereka yang melakukan skandal? Jawapannya sudah tentu nama JR, Pak Abu, Ah Chong dan Maniam tak disebut kerana nama mereka tak terkenal!

Jadi semua orang terkenal namanya akan diseret jika adik beradik mereka melakukan kesalahan? Benarkah begitu?

Jawapannya tidak juga begitu! Ada juga orang terkenal tapi bila adik beradiknya melakukan kesalahan, nama orang terkenal itu tak disebut. Contohnya pada 5 Januari 2010 negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati dibunuh dengan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan termasuk seorang ditemui tanpa kepala. Mereka yang terbunuh ialah Sofiah Katas, 80 tahun, Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22.

[ibu+saudara+rosmah+mati+di+bunuh.jpg]

Selepas itu baru diketahui salah seorang mangsa pembunuhan kejam tersebut iaitu Allahyarhamah Sofiah Katas adalah merupakan ibu saudara kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Sofiah Katas, 80 tahun, yang yang dibunuh kejam itu ialah adik kepada Mansor Katas iaitu bapa kandung Datin Rosmah. Yang dituduh sebagai pembunuh kejam, yang sanggup membunuh bapanya, adik perempuannya, datuknya dan neneknya ialah Rashidi Ismail. Rashidi Ismail jika mengikut garis keluarga Melayu adalah berpangkat anak saudara pupu kepada Rosmah.


http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/kebumi-Gemencheh.jpg
Mangsa-mangsa pembunuhan kejam...

Tapi mengapa kematian kejam ibu saudara Rosmah dan saudara mara Rosmah yang lain itu tidak dikaitkan oleh akhbar dengan nama Rosmah? Mengapa tidak ada akhbar yang melaporkan "Ibu Saudara Datin Seri Rosmah Dibunuh Kejam" atau mengapa tak dilaporkan, "Suspek Pembunuhan Kejam Gemencheh Ialah Anak Saudara Pupu Rosmah Mansor"???

Jika berita skandal Nursaida dikaitkan oleh akhbar dengan penyanyi Siti Nurhaliza, iaitu adiknya, mengapa pula berita kematian Allayarham Sofiah tidak dikaitkan dengan Datin Rosmah iaitu anak saudaranya?

Adakah kerana Datuk Siti walaupun kaya tapi dia tidak ada kuasa sedangkan Datin Rosmah pula kaya dan berkuasa lalu namanya tak dikaitkan?

Tapi bagaimana jika Datuk Siti ialah isteri Perdana Menteri? Jika Datuk Siti ialah isteri Perdana Menteri sudah tentu nama Nursaida tak dikaitkan oleh akhbar dengan nama Siti Nurhaliza. Pasti!!

3 comments:

  1. tak tahu la jr. org lebih takut dengan pemimpin kot sbb tu tak keluar nama dia

    ReplyDelete
  2. Jika Siti Nurhaliza jadi isteri Datuk Seri Najib, tentu rambut, misai dan kening DS Najib akan bertukar warna jadi hitam!!

    ReplyDelete
  3. Jika Siti Nurhaliza jadi isteri Perdana Menteri adakah dia akan bershopping sakan di luar negara melingkupkan wang rakyat seperti Rosmah? Tentu tidak, sebab Siti memang orang kaya, tak jadi isteri PM pun dia dah tetap kaya, sedangkan Rosmah....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....