Cerita ini berdasarkan sumber yang JR perolehi dari Bandar Gebang, Bekasi, Jawa Barat. Ceritanya mengenai dua orang gadis yang sudah tidak ada dara, kedua-duanya berusia 16 tahun yang percaya dalam tubuh mereka ada pengaruh jin yang boleh diubati oleh seorang dukun sakti. Dukun berusia 31 tahun ini juga mendakwa dia boleh mengembalikan dara yang telah hilang.
Bila tiba di rumah dukun itu, kedua-dua gadis tersebut diberitahu terdapat jin yang beremayam dalam tubuh mereka. Untuk mengeluarkannya, kedua-duanya diminta masuk ke dalam bilik untuk diubati seorang demi seorang. Dukun itu memberitahu jin itu sukar dikeluarkan dan hanya dapat dikeluarkan dengan menggunakan alat sulit lelaki itu sendiri. Lalu dalam bilik, jin itu "dikeluarkan" dari kedua-dua gadis itu dengan menggunakan alat kelamin abang dukun tersebut, seorang demi seorang.
Apabila pulang ke rumah, kedua-dua mangsa memberitahu ibu bapa mereka yang kemudian dapat menangkap dukun cabul itu. Jika sabit kesalahan abang dukun yang telah "mengeluarkan jin" dari tubuh kedua-dua gadis itu bakal dikenakan hukuman penjara 3 tahun kerana memperkosa dua orang gadis yang sudah hilang kegadisannya.
Siapa bersalah bila terjadi insiden seperti ini? Dukun cabul memang kerjanya hanya suka mencabul, tapi kedua-dua gadis yang rela dicabul itu bagaimana pula?
(Sumber info:berita2.com)
kebodohan punca kehancuran. :D
ReplyDelete