Jam tangan mewah ini harganya ratusan ribu ringgit
Jika korang seorang pemancing, korang pasti tahu cara untuk mengumpan ikan. Macam-macam umpan untuk menjinakkan ikan, yang paling popular ialah cacing.
Tapi nak mengumpan manusia bukan semudah mungumpan ikan. Kalau seorang gadis diumpan cacing, silap-silap kepala si-teruna akan pecah kena kasut tumit tinggi. Umpan yang paling popular untuk memikat gadis ialah perangai yang santun, rupa yang menarik, kerjaya yang baik, di samping memiliki kenderaan yang eksklusif dan rumah yang selesa. Yang dua di belakang tu mungkin cuma bonus, sebab kebanyakan gadis tak ingin mengaku dia jatuh cinta dengan si-teruna kerana si-teruna itu ada BMW atau Merc atau Porche atau kerana si-teruna itu tinggal di banglo 3 tingkat di puncak bukit.
Ini cerita terbaru yang JR dengar mengenai artis cantik dan sexy bernama Fasha Sandha. Fasha dikatakan pernah bercinta dengan Jejai, anak mantan Menteri Besar Perak. Tapi cinta mereka terputus di tengah jalan kerana kononnya Jejai yang kini duda ingin rujuk semula dengan isterinya pelakon Nora Danish.
Tapi cerita terbaru yang sedang beredar dari mulut ke mulut ialah Fasha dan Jejai sedang merapatkan kembali hubungan yang pernah terenggang. Kononnya untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada Fasha, Jejai menghadiahkan Fasha seutas jam berjenama terkenal. Akhirnya hati Fasha yang seperti pernah patah itu kembali lembut dan cair selepas menerima jam itu. Dan kerana jam itu, hubungan Fasha-Jejai kembali bertaut. Itulah konon ceritanya. Jam punya pasal hati batu jadi cair macam aiskrim.
Begitulah kehidupan, ikan diumpan dengan cacing, manusia diumpan dengan jam. Jam jenama apa yang diumpan Jejai kepada Fasha tak taulah. Mungkin Rolex, Omega, Breitling, Vacheron Constantin, Piaget, Cartier, Patek Philippe, Girard Perregaux dan Hublot (sekadar menyebut beberapa jenama) yang harganya menyamai harga sebuah kereta Kancil hingga sebuah kereta Ferrari.
Yang pastinya umpan itu bukan jam jenis Citizen, Orient, Casio atau GShock yang mungkin Fasha tak pandang sebelah bulu mata pun!!
haih nampak sangat materialistik si fasha sundal ni... pape pun duk rumah lagi sejuk berbanding di perlis jr :D
ReplyDeleteNanti aku nak bagi umpan cicak pokkeh tentu Fasha mau sbb harganya mahal
ReplyDeleteFreaky: Perlis memang negeri panas, maklumlah dekat dgn Thai yg punya ramai gadis2 panas..
ReplyDeleteSemutapi: Cicak pokkeh harganya RM1 juta seekor..
ReplyDelete