JR tak pernah tinggal di kawasan perumahan bertingkat, sama ada pangsapuri atau kondominium. Waktu kecil JR tinggal di rumah "banglo" kayu beratap zink di kampung di Pulau Pinang. Kemudian bila zaman persekolahan dan pengajian tinggal di asrama yang tingginya tak lebih 5 tingkat. Bila dah kerja, JR sewa rumah yang rendah-rendah: kebanyakannya rumah teres. Pernah juga tinggal di banglo lama tepi kubur yang banyak cerita hantu! Kini JR tinggal di rumah yang dibeli sendiri.
Satu pengalaman yang paling tak menyeronokkan bila tinggal di rumah teres ialah bila berlaku pecah rumah. Kalau pecah rumah kecil-kecil, rugi cuma dalam ratus-ratus ringgit, tapi ada sekali tu beberapa tahun lepas rugi sampai berbelas ribu ringgit apabila habis semua barang kemas isteri JR kena samun.
Bila berlaku kecurian sebegini JR selalu teringat perumahan bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium. JR selalu bayangkan kecurian sukar berlaku di kawasan kondominium dan pangsapuri kerana penjenayah perlu memanjat tinggi untuk melakukan jenayah.
Tapi firasat JR rupanya salah. Mengikut polis, kawasan perumahan bertingkat seperti rumah pangsa dan pangsapuri adalah antara ‘hot spot’ terbaru penjenayah melakukan kegiatan pecah rumah akhir-akhir ini terutama di sekitar bandar-bandar besar.
Seperti kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan seperti yang JR terbaca dalam Mingguan Metro, "Dulu kegiatan ini sering dilakukan di kawasan rumah teres, kini ia tidak mengira lokasi kerana sesiapa saja berisiko menjadi mangsa,”.
Seperti kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan seperti yang JR terbaca dalam Mingguan Metro, "Dulu kegiatan ini sering dilakukan di kawasan rumah teres, kini ia tidak mengira lokasi kerana sesiapa saja berisiko menjadi mangsa,”.
Kata Zakaria pecah rumah juga antara kegiatan jenayah tertinggi dicatatkan di kawasan perumahan bertingkat.
“Biasanya kegiatan pecah rumah dilakukan waktu siang selepas penghuni keluar bekerja. Sebab itu kita perlukan kerjasama penduduk kerana polis tidak mampu bertindak tanpa maklumat orang awam,” katanya.
Kepada korang yang tinggal di pangsapuri, harap berhati-hati kerana trend pecah rumah sekarang mula beralih ke kediaman bertingkat pula. Mereka yang tinggal di rumah teres pula jangan senang hati kerana jenayah tak kira tempat dan masa.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....