»

08 May 2011

Aneh.. Masuk Pesawat Tua, Keluar Pesawat Jadi Muda




                             sekejap muda, sekejap tua
 

Aneh...masuk pesawat sebagai orang tua, bila keluar pesawat tubuh bertukar jadi muda!! Kalau ada pesawat begitu di dunia pasti semua orang nak naik, siapa manusia yang tak ingin jadi  lebih muda dari usianya?
 
Tapi masalah sebenarnya bukan kerana pesawat yang menjadikan seseorang itu boleh bertukar wajah dari tua menjadi muda, tapi masalah manusia:
 
Seorang pemuda membuat pihak polis bandar Vancouver, Kanada kelam kabut  setelah berhasil mengelabui pihak polis dengan menyamar menjadi orang tua dengan menggunakan topeng.

Pemuda tersebut menumpang sebuah pesawat dari Hong Kong dengan menggunakan topeng orang tua. Topeng silikon itu membuatkan pemuda itu  kelihatan  lebih tua beberapa puluh tahun dari usia sebenarnya. Tetapi ketika pemuda berkenaan memasuki bilik air pesawat, topeng tersebut ditanggalkannya dan dia kembali menjadi dirinya yang sebenar.

Seperti yang tersiar dalam News.com.au, selepas menanggalkan topengnya, pemuda yang tidak diketahui kewarganegaraannya itu dengan tenang duduk kembali di bangku penumpang. 

Tetapi pihak keselamatan lapangan terbang menyedari aksi pemuda tersebut. Ketika mendarat di Vancouver, dia langsung ditahan pihak polis. Hingga saat ini tiada siapa mengetahui maksud sebenar pemuda tersebut melakukan hal itu. Apapun apa yang dilakukan pemuda berkenaan sangat memalukan pihak keselamatan Vancouver kerana ada pihak yang berjaya menembusi Kanada dengan hanya menggunakan sebuah topeng yang murah harganya.
 
 (Digarap JR dari sumber info: Ikada News)

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....