»

09 May 2011

Bummmm..Bummm..Bummmm..KL Digegar Letupan Kuat

Apa yang terjadi di KL sebentar tadi? Letupan kuat apa, ada pihak yang tak bertanggung jawab melepaskan bom nuklear di KL ke? Kalau bukan kerana letupan akibat bom, apa lagi, kerana di KL bukan ada gunung berapi?


Untuk menghilangkan rasa suspens, baca di sini:

Satu letupan kuat dipercayai berpunca daripada kebocoran sistem gas terpusat berlaku di sebuah unit tingkat 17, sebuah kondominium 30 tingkat, di Jalan Ampang, di sini, malam Ahad.

Kejadian itu menyebabkan penghuni Paul Levell, seorang warga British berumur 61 tahun yang mendiami unit itu, mengalami kebakaran 60 peratus di badannya dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Prince Court.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.44 malam menyebabkan rumah di tingkat itu terbakar selain kaca tingkap dan pintu utama bertaburan di atas jalan raya.

Beliau berkata pihaknya akan mengenalpasti punca kebakaran dengan pihak Gas Malaysia Sdn Bhd sama ada kebakaran itu berpunca daripada kelalaian pihaknya atau kecuaian daripada mangsa.



Sementara itu, seorang saksi yang dikenali sebagai Daniela Semeraro, 42, berkata ketika kejadian dia dan suami sedang menonton televisyen di rumahnya di tingkat 12.

"Saya dengar letupan kuat dan lihat kebakaran besar di tingkat 17 dan kami segera keluar," katanya.- Sumber: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....