»

16 April 2011

Senarai 10 Negara Paling Gembira Di Dunia..Malaysia Di Mana??



















Tahukah korang 10 negara paling bahagia dan gembira di dunia? Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Forum Ekonomi Dunia terdapat 10 negara di mana penduduknya paling bahagia dan gembira di dunia. Cuba teka Malaysia di tangga ke berapa dalam tangga negara paling gembira di dunia?

Baca 10 negara paling bahagia dan gembira di dunia berdasarkan maklumat daripada Yahoo Travel:
  • Norway berada di ranking pertama negara paling bahagaia di dunia. NORWAY telah mencatat pendapatan perkapita tertinggi di dunia iaitu USD 53,000 setahun (RM160,086 setahun). Perbelanjaan kesihatannya adalah kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat. Kira- kira 74% orang Norway mempercayai orang di sekeliling mereka, 94% gembira dengan keindahan persekitaran mereka dan 93% percaya bahawa usaha keras akan menjamin masa depan yang baik.
  • DENMARK di tangga kedua menyediakan peluang membuka perniagaan pada kos paling rendah di dunia, pendidikan yang cemerlang dan kebebasan sivil yang tidak terhad. Orang Denmark saling mempercayai dan yakin akan kerajaan yang memimpin mereka. Rakyat Denmark juga memiliki taraf hidup yang tertinggi di dunia.
  • FINLAND (tangga ketiga) memiliki pelajar- pelajar yang bijak dan cemerlang dalam pendidikan, penjagaan kesihatan yang menyeluruh, kebebasan individu yang meluas, pemerintah yang dipercayai dan aman harmoni. Penyelidikan dan pebangunan (R&D) yang banyak serta kos memulakan perniagaan yang rendah merupakan penyumbang utama kekuatan ekonomi Finland. Bagi negara yang mewah ini, 75% rakyatnya yakin bahawa kerja keras akan membantu mereka mendepani masa depan dengan baik.
  • AUSTRALIA (tangga keempat) terkenal dengan peluang pendidikan yang baik dan kecemerlangan yang dimiliki oleh pelajar negara itu. Masyarakatnya cukup rapat dan mempunyai kebebasan asasi yang baik. Ekonominya juga berada di tahap baik, dibantu oleh ekport bahan mentah yang banyak. Negara ini sememangnya sesuai dijadikan tempat memulakan bisnes kerana kos yang rendah dan liputan internet yang luas.
  • NEW ZEALAND (tangga kelima) memiliki sosialisasi yang baik di samping tingkat pendidikan tertinggi di dunia. Rakyat New Zealand saling mempercayai dan saling membantu antara mereka. Selain itu, New Zealand menduduki tempat teratas dalam aspek kebebasan sivil. 94% rakyatnya sangat mensyukuri tinggal di negara itu kerana ia adalah antara negara terindah di dunia.
  • SWEDEN (tangga keenam) adalah negara yang mempunyai peluang perniagaan yang tinggi dengan kos permulaan yang rendah dan kelulusan lesen perniagaan yang mudah.
  • CANADA (tangga ketujuh) adalah negara yang mempunyai kebebasan peribadi yang tinggi, membuka peluang kerja tanpa sempadan kepada pekerja asing, rasuah yang sangat rendah dan latar belakang penduduk yang suka membantu tanpa rasa hasad dengki.
  • SWIZERLAND (tangga kelapan) adalah negara yang sukar ditemui kes rasuah, mudah dapat peluang pekerjaan dan sistem perbankan yang sangat stabil.
  • BELANDA (tangga kesembilan) ialah negara yang sangat menghormati kebebasan bersuara dan peratusan rasuah yang sangat rendah.
  • AMERIKA SYARIKAT (tangga kesepuluh) di negara ini mudah mendapat pekerjaan, pendapatan perkapita yang tinggi, kebajikan rakyat dipelihara pemerintah dan tahap kesihatan yang tinggi.
Jika dilihat dari senarai di atas, ranking negara paling bahagia dan gembira ini dihasilkan antara lain mengambilkira faktor  kadar rasuah yang rendah, kebebasan bersuara rakyat, peluang pekerjaan serta tahap pendidikan dan kesihatan yang baik.

Dan korang  tentu nak tau mengenai Malaysia...di mana Malaysia? Ranking ke berapa Malaysia dalam negara paling gembira di dunia: tangga kedua puluh, kelima puluh, ke sembilan puluh sembilan atau seperti ranking FIFA di tangga ke 144? 

Bagaimana rakyat nak gembira jika kadar rasuah di negara ini sangat tinggi? Mengikut sumber yang ada dengan JR iaitu berdasarkan Transperancy International Malaysia, Malaysia berada di tangga 56 sebagai negara paling tinggi rasuahnya di dunia daripada 180 negara dalam senarai itu pada tahun 2009. Senarai negara paling rasuah 2010 belum keluar, tapi dengan begitu banyak kes rasuah termasuk yang melibatkan tokoh politik dan Jabatan Kastam baru-baru ini mungkin Malaysia akan mendapat tempat yang "lebih malang" dalam indeks rasuah 2010. Walaupun mungkin bukan berada di tangga nombor satu negara paling rasuah  di dunia, tapi jika berada di tangga ke-40 negara paling rasuah di dunia  pun ia sangat memalukan!!

Dan mengenai kebebasan bersuara di Malaysia? Tontonlah selalu program berita TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9, Astro dan akhbar-akhbar arus perdana, di situ kita akan tahu sama ada pengamal media kita bersifat adil atau hanya memuatkan berita memuji satu pihak saja. Sebab itu Malaysia diletakkan dalam senarai ke-55 negara paling tidak ada kebebasan media di dunia dari 196 negara mengikut Indeks Kebebasn Media 2010. Yang sedihnya negara-negara jiran kita di Asia Tenggara (Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja) menduduki tempat yang "terlalu baik" sebagai negara yang mengamalkan kebebasan media.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....