»

16 April 2011

Petanda Akan Berlaku Tsunami Di Kedah Tak Lama Lagi??





Tadi JR pergi ke Pasar Besar Alor Setar dengan Puan Mem (isteri JR)...Banyak barang yang dibeli, habislah juga ratus-ratus ringgit. Tapi biasalah di ketika barang naik macam roket ni, mana ada barang yang murah?

Mana ada barang yang murah? Sebenarnya ada barang yang murah sekarang ini di Alor Setar...IKAN!! Ikan sangat murah sekarang di sini. Cuba bayangkan ikan kembung yang dijual di negeri-negeri lain di antara harga RM6 hingga RM10 sekilo tu, di Alor Setar sekarang ni cuma dijual RM3 untuk 2 kilo atau purata RM1.50 sekilo saja. Ikan yang dijual murah tu pula bukan jenis ikan yang matanya dah lebam dan lembik macam di Pasar Chow Kit, tapi ikan segar yang bila digoreng masih manis isinya!!

JR sempat bergebang dengan beberapa peniaga ikan di Pasar Besar Alor Setar, kata mereka sekarang memang ikan begitu banyak di laut, sebab tu harganya murah. Seorang pembeli pula berkata di Kuala Kedah dan Kuala Muda harga ikan lebih murah dari Alor Setar, semalam ikan yang baru naik dari laut cuma dijual pada harga RM1 sekilo, manakala 3 hari lepas sangat murah...hanya 30 sen sekilo!!
Cuma nelayan-nelayan Kedah kata mereka masih teringat peristiwa pada hujung tahun 1994..Ketika itu ikan begitu banyak diperolehi malah ada ikan yang mendarat beramai-ramai di pantai. Rupanya banyak ikan yang diperolehi itu adalah merupakan tanda-tanda awal tsunami akan berlaku. Ikan-ikan yang mempunyai deria yang tajam itu melarikan diri ke pantai kerana mereka sudah merasai gegaran kuat di perut laut  yang menandakan tsunami akan berlaku tak lama lagi. Sebab itu banyak ikan yang nelayan dapat!!

Jadi adakah banyak ikan di laut sekarang adalah merupakan tanda awal tsunami akan melanda Kedah tak lama lagi?

Ya Allah, semoga banyaknya ikan di laut sekarang ini adalah sebagai tanda Kau membuka pintu rezeki kepada kami dan bukannya tanda awal Kau akan menurunkan musibah kepada kami, amin...

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....