JR malas nak komen pasal dua orang artis yang lepas kena tangkap khalwat pun masih macam tu juga. Bila baca berita Norman dan Memey kena tangkap sekali lagi atas arahan Hakim Mahkamah Rendah Syariah petang tadi, JR cuma geleng kepala saja.
Jika korang nak tau berita selanjutnya, baca di sini:
.
KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat (hari ini).
Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.
“Norman memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir kerana sakit manakala Suhaiza Suhaimi (Memey) berada di luar kawasan,” katanya. Bagaimanapun, tiada sebarang sijil cuti sakit dikemukakan di mahkamah.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini. Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.
(Sumber: mStar)
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....