Sekarang ni heboh 1Malaysia cakap pasal e-mail percuma 1Malaysia ni. JR agak konpius dengan idea e-mail percuma tu. Apa yang JR tau projek e-mail percuma tu bernilai RM50 juta. Tujuan nya baik - untuk membolehkan komunikasi 2 hala yang membabitkan rakyat dan pemimpin di samping beberapa perkara lain yg berkaitan seperti bayaran bil. Projek itu diberikan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan. Yang tak bestnya syarikat ini mengikut sumber sahih ialah syarikat bermasalah. Bagaimana orang sakit nak menolong rakyat? Atau syarikat tu buat sesuatu yang ada udang di sebalik mee?
Tapi lupakan sekejap pasal syarikat bermasalah yang kerajaan minta menolong rakyat membina e-mail percuma ni. JR nak bercakap pasal e-mail percuma yang sekarang pun menerusi g.mail atau yahoo.mail kita dapat e-mail percuma.
Sebelum bercakap mengenai e-mail, semua orang tau bukan semua rakyat Malaysia ada internet di rumah, malah bukan semua ada komputer di rumah pun, terutama di kampung-kampung. Bukan saja orang kampung, malah orang tak kampung, orang bandar, malah kakitangan kerajaan dan swasta yang dapat gaji ribu-ribu sebulan pun masih ramai yang JR tengok tak ada internet di rumah. Bila ditanya mengapa tak masuk internet mereka kata tak mahu bayar caj internet yang puluh-puluh atau ratus-ratus sebulan tu (bayar ansuran kereta dekat seribu sebulan boleh pulak!!)
Mengenai masalah bayaran bil melalui e-mail 1Malaysia tu pula, bank-bank di Malaysia sekarang pun kebanyakkannya memang sudah menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh berkaitan pembayaran bil dan lain-lain.
Oleh itu bagi JR, dari menyediakan e-mail percuma ni lebih baik kerajaan sediakan internet percuma untuk rakyat. Jika di negara lain ada yang mewujudkan IT Valley dengan penyediaan internet percuma, mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh, kan? Tapi tak taulah pendapat korang: mau e-mail percuma atau mau internet percuma?
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....