Hamka
Suatu hari seorang ulamak tersohor Indonesia, Prof. Dr Hamka bertemu dengan seorang aktivis Partai Komunis Indonesia, DN Aidit. Hamka adalah seorang ulamak yang sentiasa bercakap dengan gaya lemah lembut dan berhemah, manakala Aidit pula terkenal dengan gaya percakapannya yang agak kasar dan agresif. Sebagai seorang ulamak, antara penampilan biasa Hamka ialah bersongkok dan menyimpan janggut sejemput. Aidit pula selesa dengan berkot dan wajahnya bersih tanpa misai dan janggut.
Aidit
Aidit: Pak...boleh saya berbicara sedikit.
Hamka: Silakan.
Aidit: Pak..jika menyimpan misai tanpa janggut itu namanya kucing, tapi jika menyimpan janggut tanpa misai apa namanya? (menyindir Hamka yang menyimpan janggut)
Hamka: (Terdiam, mungkin sedang mencari jawapan)
Aidit: (Ketawa dan bercakap kuat) Mungkin bapa tidak tahu jawapannya, kalau begitu jawapannya ialah kambing, kerana bukankah kambing ada janggut tapi tidak ada misai?
Hamka: Oh, begitu...jika menyimpan misai tanpa janggut kamu kata kucing dan jika menyimpan janggut tanpa misai pula kamu kata kambing, bagaimana pula dengan orang seperti kamu yang tidak menyimpan misai dan janggut?
Aidit: (Terdiam...barangkali tidak tahu jawapan)
Hamka: Jadi kamu tidak tahu...Bukankah yang tidak ada misai dan janggut itu ANJING?
Aidit: (Terdiam dan meninggalkan Dr Hamka!!)
CATATAN: Cerita di atas JR kutip dari majalah Mastika yang JR baca kira-kira 5 tahun lalu. Dialog di atas JR olah semula berdasarkan ingatan JR, kerana majalah itu tiada dalam simpanan JR lagi. JR sangat meminati Dr Hamka (1908-1981) dan hingga sekarang masih menyimpan beberapa buku agama karyanya yang mempunyai aliran falsafah yang sangat tinggi.
Sebelum JR tamatkan entry ni, JR nak tanya korang yang lelaki tu...korang jenis lelaki mana?:
i) Lelaki kucing; atau
ii) Lelaki kambing; atau
iii) Lelaki anjing?
JR pula? JR tak masuk mana-mana kategori di atas, kerana JR menyimpan misai dan janggut!!
saya amat berbangga bahwa ulama dari minangkabau sumatera barat indonesia, juga menjadi inspirasi bagi negara jiran malaysia. Sobat sudah pernah baca novel karangan buya hamka yang tersohor tenggelamnya kapal van der wich? jika ada waktu singgahlah ke danau maninjau sumatera barat indonesia untuk melihat musium buya hamka, masih banyak peninggalan beliau di sana, semoga kita bisa meneruskan semangat beliau untuk kemajuan islam....salam hangat dari sahabatmu di ranah minang
ReplyDeletesalam kenal, tulisan yang menarik
ReplyDeleteriky: Saya sudah baca novel itu semasa di sekolah dahulu, menarik dan menyayat hati...
ReplyDeleteRizal: Salam kenal dan terima kasih..
ReplyDelete