Dah lama n3 ni tak memuatkan cerita bola. Justru, malam ni JR nak bawa kisah bola sikit.
Bagi peminat bolasepak pasti tahu awal pagi tadi Real Madrid telah menumpaskan Barcelona 1-0 dalam perebutan Piala Raja sepanyol. Tahniah, Real!! Cuma yang kesiannya ialah selepas menang piala berprestij itu, tiba-tiba piala tersebut hancur berkecai sebelum ia sempat diarak untuk diraikan oleh peminat-peminat Real.
Moral kisah benar ini ialah sesuatu yang telahpun menjadi milik kita tidak mustahil akan terlepas jika kita tak pandai menjaganya...
Baca selanjutnya:
Piala bola sepak paling berprestij bagi kelab Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, yang baru saja dimenangi pasukan Real Madrid terjatuh di depan bas pasukan itu apabila ia terlepas daripada genggaman pemain dan difahamkan rosak teruk.
Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, yang mengangkat trofi seberat 15 kilogram itu di atas kepalanya ketika berada di dalam bas tanpa bumbung, terlepas piala berkenaan sebelum ia jatuh di depan bas yang membawa pasukan terbabit.
Saat Piala Raja Sepanyol (dalam bulatan) terlepas dari genggaman Sergio Ramos
Pemain-pemain Real Madrid menjenguk ke bawah untuk melihat Piala Raja Sepanyol yang terjatuh dan dilanggar bas
Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan apabila bas terbabit melanggar piala berkenaan sebelum sempat memberhentikan kenderaan itu.
Menurut laporan berita radio Cadena Ser, petugas perkhidmatan kecemasan memungut sekurang-kurangnya 10 bahagian piala yang sudah pecah. - Sumber: AFP/Pulakdah
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....