»

21 April 2011

Rahsia Jari Lelaki Yang Pompuan Tau Tapi Lelaki Tak Tau
























Hari ini JR terlewat sikit bersiaran. Tiba-tiba saja ada urusan yang tak dijangka dan tak dapat dielakkan...

OK, hari ni JR nak bercakap tentang lelaki. JR lelaki dan JR rasa sangat selesa jika bercakap tentang lelaki. Cuma JR rasa agak terkejut rupa-rupanya ada beberapa perkara mengenai lelaki yang lelaki tak tau, tapi pompuan tau. Aneh kan?

Jika ditanya lelaki, apa yang menarik mengenai dirinya pasti ramai yang berkata tampang wajahnya yang hensem, badannya yang sasa dan otot yang berulas-ulas, bla..bla..bla..Sebab itu ramai lelaki menjaga pemakanan dan kesihatan sebab mau kelihatan kacak dan jantan.

Tapi rupanya itu salah. Lelaki menarik bukan kerana muka dan tubuhnya tapi ialah JARI MANISnya. Jari manisnya? Ya, jari manisnya!! Ini kerana mengikut kajian Biological Sciences, lelaki yang memiliki jari manis yang panjang dianggap sebagai lelaki yang paling menarik pada pandangan wanita.Kajian telah dilakukan terhadap 80 wanita berusia antara 18 hingga 34 tahun bagi mengetahui reksi mereka terhadap ciri-ciri lelaki yang menarik. Mereka telah diberikan gambar 49 lelaki dan diminta untuk menilai lelaki-lelaki itu berdasarkan daya tarikan dan ciri-ciri kelelakiannya. 

Kajian yang dibuat oleh Ketua Saintis dari Universiti Geneva, Camille Fardinze itu mendapati wanita tidak tertarik kepada ciri-ciri kelelakian atau kegagahan lelaki, tetapi sebaliknya saiz JARI MANIS mereka! Wanita mengikut kajian itu lebih tertarik kepada lelaki yang berjari manis panjang dan bukannya wajah yang hensem atau badan yang sasa.

Oleh itu kepada lelaki di luar sana, jika jari manis korang pendek lakukanlah sesuatu supaya dapat memanjangkan jari manis korang supaya dapat menarik perhatian wanita.

Nota: JR tak pasti sama ada jari manis JR panjang atau tidak,tapi JR telah berjaya menarik perhatian isteri JR hingga dia sudi menerima JR sebagai suaminya, hihihi....

4 comments:

  1. janji hati baek.. tapi.. apple memang suke tengak jari boyfriend.. :)

    ReplyDelete
  2. jr.. camana nak panjangkan jari manis ? hehehe

    ReplyDelete
  3. Mish Apple: Suka tengok jari manis ke jari hantu?

    ReplyDelete
  4. Freaky: Nak panjangkan jari manis kena selalu makan kulit kayu manis...hihihi...mana ada..jari itu kan anugerah Allah, syukurlah dgn apa yg ada..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....