»

15 April 2011

Mesti Ramai Yang Menangis Jika Kamera Ni Jual Di Malaysia






Bahaya jika kamera ini dijual di Malaysia. Bahaya sungguh, bahaya sungguh!! Mana tak bahayanya bila korang sedang berjalan berpakaian lengkap siap dengan tudung lagi, tetapi bila diambil gambar, hasilnya ialah gambar korang  sedang berbogel!! Bayangkan bagaimana kalau diambil foto Datuk Siti Nurhaliza, Jackyln Victor, Yuna atau Adibah Nor yang sedang beraksi dipentas dalam keadaan berbogel gara-gara kamera itu pasti gawat jadinya!! Dan yang lebih teruk jika diambil gambar pemimpin-pemimpin kita seperti Datuk Seri Najib dan Datin Rosmah dalam keadaan berbogel tentu sangat mengaibkan!!

Kalau foto mereka yang berbadan langsing mungkin ada yang tergamak menontonnya (jenis orang yang suka tengok video lucah) tapi jika foto orang-orang veteran yang tubuhnya penuh dengan lemak itu...hi...pasti geli geleman dibuatnya..

Sebenarnya kamera nakal itu  adalah kamera  yang dihasilkan oleh sebuah agensi bernama MIRAF di Korea Selatan yang mampu memintas gelombang milimeter sehingga tembus atau telus pandang objek di depannya. Ketika majlis pratonton kamera itu dibuat, MIRAE berhasil menangkap secara tepat sudut dan garis bentuk sebuah kereta yang berada di belakang sebuah tembok tebal. Dalam pratonton itu, kamera biasa dan kamera sinar infra merah didapati gagal menangkap sudut dan garis bentuk kereta di balik tembok itu, berbeza dengan kamera MIRAF yang melakukannya dengan tepat. Malah kamera tembus pandang itu mampu mengambil dengan jelas objek yang berada di dalam jilatan api dan asap kebakaran dan juga dapat mengesan sebuah pistol yang disembunyikan di dalam baju.

Menurut MIRAF, mereka berjaya mengembangkan kamera tembus pandang itu setelah membuat pelbagai kajian selama 3 tahun.  
Berita tidak baiknya tentang kamera ini ialah teknologinya akan di kembangkan untuk kegunaan telefon bimbit. Mungkin tak lama lagi sesiapa yang membeli telefon bimbit Samsung boleh melakukan kerja skodeng mereka untuk memalukan orang lain!!!
(Sumber berita asal: uangmayainternet.blogspot)

7 comments:

  1. konsepnya sama macam xray cuma gelombangnye lebih rendah. harap2 takde di malaysia kamera macam ni

    ReplyDelete
  2. Bahaya lah kalau macam tu JR...aa pulak pakai hp nak pakai camera macam tu...baik tak payah...

    ReplyDelete
  3. Salam bro JR, pendekar nak bagi saranan ni..kalau boleh, info-info macam ni kongsikanlah secara meluas...bagaimana caranya? masukkan button share ataupun like macam yang pendekar buat...

    sebab info2 yang bro bagi memang berguna kepada ramai...

    ini cuma saranan sahaja...terpulanglah kepada bro JR.. :)

    ReplyDelete
  4. Takut jugak ...lepasni lagi ramai yang ambil kesempatan ....terkejut jugak baca info ni...TQ

    ReplyDelete
  5. Freaky: Ya harap2 tak da. Tapi bagi kaki skodeng mungkin mereka sanggup ke Korea utk mendapatkannya!!

    ReplyDelete
  6. Pendekar: Memang bahaya bila manusia guna otak utk dpt duit dan meminggirkan soal moral.

    Pendekar: Saranan bro dlm pertimbangan..

    ReplyDelete
  7. Myvi: Perangai manusia ni lagi ditegah lagi dia nak buat

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....