»

17 April 2011

Allahuakbar..Keajaiban Antartika Yang Menyebabkan Saintis Sakit Kepala!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmt0q05Wfuz5khk0-Zj3zUGGhQQ2EaMG-dx-jmXxj2zpZAzeFgi8_h2IuE5-VpxfZYH_Lcmo_YA0AIM0JcK6wvoi-o0jUlcFE0JJjy_Cu6tgkwGj5gpoTErl3lR1AWhe8gMkSRMTik9e1n/s320/danau_3.jpg


Korang ingat tak lagi subjek geografi kat sekolah menengah dulu? Kalau masih ingat JR nak tanya: apa yang cikgu dan buku-buku geografi tu cakap tentang Kutub Selatan dan Kutub Utara? Antaranya yang JR masih ingat ialah cikgu ajar Kutub Selatan atau Antartika jauh lebih sejuk dari Kutub Utara atau Artik. Kutub Selatan juga dipenuhi ais dengan suhu 50-90 darjah selsius di bawah paras beku, sedangkan Kutub Utara walaupun dingin tapi tak keseluruhannya beku seperti Kutub Selatan. Dan kerana buminya yang membeku itu tiada manusia yang tinggal di Kutub Selatan, sedangkan di Kutub Utara ada sekitar 4 juta masusia yang menghuninya.

Apa yang cikgu ajar lagi mengenai Kutub Selatan? JR pasti bahwa banyak lagilah yang cikgu ajar, kecuali fakta ini mungkin cikgu korang tak ajar:

Di alam penuh dengan salji yang ekstrem dinginnya itu dan diliputi lapisan yang membeku, sangat menakjubkan dan di luar dugaan akal manusia kerana di Kutub Selatan rupanya terdapat sebuah tasik  yang tak pernah membeku. Ajaib kan?

Kutub Selatan adalah dunia salji dengan lapisan ais yang tidak dihuni manusia, yang mempunyai istilah "daratan putih". Di Kutub Selatan, sejauh mata memandang hanya nampak sehamparan luas salji yang putih mulus dan cahaya perak yang berkilauan, tapi tiba-tiba di tengah daratan ais seluas 14 juta km persegi itu wujud pula tasik yang tak membeku. Masyaallah Maha Suci Allah yang mencipta keajaiban..
Tasik yang tidak membeku ini seluas kira-kira 480,360 meter persegi. Tasik ini pula kadang-kadang muncul dan kadang-kadang pula tak kelihatan.
http://3.bp.blogspot.com/_lPpKezbTljM/TLRtadWPZKI/AAAAAAAAAL8/gKmAZ2olWzE/s400/Ombak+Yang+Membeku+di+Antartika7.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4WK1vi1GEQYCH3W59dD2tk2s2c6x56wMZSEzC3VbX7X1Mo4Mob8AgOO0cLs-iaihDDhhTbuxK9logiVMM1zrw_oCQWC_35kuS5q8_QwFvodK_SSLNT5c8hj91pRAcTY9JaEZjFw61ThLM/s320/north-pole.jpg







Bagaimana terjadinya tasik yang tidak membeku di lingkungan yang sangat super dingin di Kutub Selatan ini sungguh membingungkan saintis.Saintis-saintis telah mengemukakan berbagai teori mengapa hal ini terjadi namun hingga saat ini belum ada seorang saintis pun yang dapat memberi kesimpulan yang memuaskan dan meyakinkan mengapa ianya terjadi.


http://www.morzing.com/foto/2011/01/20/2001110029_misteri-danau-yang-tidak-membeku-di-kutub-selatan.jpg


Mengapa terdapat tasik yang tak membeku di Kutub Selatan?

Ada saintis  yang mengemukakan teori bahwa itu adalah akibat percampuran antara suhu dan tekanan atmosfera dalam kondisi tertentu. Menurut mereka, bahwa di kawasan Kutub Selatan, kerana air laut di kedalaman 500 meter tidak secara langsung bersentuhan dengan udara yang dingin, maka suhu air lebih tinggi dari suhu dipermukaan.

Efek dari perbezaan suhu ini membuat air laut menghasilkan gerakan yang mengarah secara vertikal, dengan demikian akhirnya membentuk sebuah pusaran. Dengan bersandarkan pada kekuatan pusaran ini, air laut di kedalaman 500 meter lalu digulung sampai ke atas permukaan laut, kemudian menjadi tasik yang tak membeku.


http://assahab.files.wordpress.com/2009/04/antartika2.jpg?w=451&h=470

Menurut satu teori lagi bahwa di kawasan yang berdekatan dengan laut di Kutub Selatan terdapat sejumlah lubang air masin. Lubang-lubang air masin ini dapat menyebarkan energi panas, sehingga dengan demikian membeku menjadi bongkahan ais raksasa.  Di bawah tekanan bongkahan ais yang sangat  besar itu, air laut yang bersuhu lebih tinggi di lapisan dalam akan naik ke permukaan, lalu menjadi tasik tidak beku.

Bahkan ada sejumlah saintis yang berspekulasi  bahwa di bawah lapisan ais Kutub selatan ini besar kemungkinan terdapat sebuah kubu rahasia yang dibangunkan oleh  makhluk angkasa lepas (UFO), merekalah yang menyebarkan energi panas di tempat aktiviti mereka, sehingga membuat ais di bawah tasik itu tidak membeku.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQfSU50B37KKgOwb2DkBmbrDlgalQlIi8s5vuIrzFfMQDH9atBZ2tfoBbus08dnoO9QXoAXsm9z2258zSS8L_gwiBH567sI-U9g9usuyb8kHimpG6rZwLkzBIRv6haMKa354fPe4F7rI7D/s1600/antartika.jpg

Mana satu teori yang betul mengapa di tengah dunia yang membeku ada tasik yang tak membeku? Bagi orang-orang Islam seperti JR, jawapan mengapa ia berlaku ada pada Allah. Jika di tengah gurun yang panas itu pun pernah turun salji apa nak herannya di tengah kutub yang membeku ada tasik yang tak membeku? Allah sentiasa mahu menunjukkan keajaiban kuasaNya kepada manusia bagi menyedarkan manusia Dialah Tuhan Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa...

(Sumber: sayap2kehidupan)

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....