Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak sudah diketahui keputusannya. Seperti dijangka BN berjaya menubuhkan Kerajaan negeri dengan harga yang begitu mahal apabila Timbalan Ketua Menteri, Dr George Chan tewas dan Pakatan Rakyat pula berjaya menyapu bersih semua 5 kerusi di bandar Kuching di samping merampas 8 kerusi yang sebelum ini milik BN. Inilah prestasi terburuk BN walaupun banyak wang yang dicurah, seminggu PM dan TPM berkampung di Sarawak dan media hari-hari membedal PR.
Apapun, syabas kepada BN yang menggagalkan impian PR untuk mencipta sejarah di Sarawak.
Mulai esok rumah panjang dan kampung-kampung di pedalaman Sarawak akan kembali sepi. Perdana Menteri yang telah seminggu berada di Sarawak telah pulang ke Putrajaya sejak malam tadi, Timbalan Perdana Menteri juga akan pulang malam ini ke Semenanjung. Ketua Pembangkang juga kabarnya telah meninggalkan Sarawak tengahari tadi.
Semua pemimpin-pemimpin BN dan PR dari Semenanjung akhirnya pulang ke Semenanjung menemui anak isteri yang telah lama mereka tinggalkan. Tujuan kedatangan mereka ke Sarawak pun cuma untuk meraih undi rakyat Sarawak. Lepas pilihanraya, baliklah mereka. Lepas ini pemimpin-pemimpin BN dan PR mungkin sukar untuk menjengukkan muka di rumah panjang dan kampung pedalaman lagi hingga bila tiba pilihanraya 5 tahun lagi barulah wajah-wajah suci itu akan muncul semula..
Sarawak kembali sepi mulai esok. Kesian Sarawak!!
Tapi apapun, masih ada seorang pemimpin yang masih ada di Sarawak pada malam ini dan dia tak balik ke Semenanjung. Dia ialah Tan Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Taib Mahmud pasti tidur nyenyak malam ini kerana selain dari masih kekal sebagai Ketua Menteri, di sampingnya ada seorang wanita cantik bersamanya:
wah....dalam memuji ada nada sinis ya bro JR..hehehe... mantap~!!
ReplyDeleteye peluk bini lagi baik
ReplyDeletePendekar: Cubit2 sayang...
ReplyDeleteCemomoi: Peluk bini dpt pahala, peluk laki lagi banyak pahala
ReplyDelete