»

17 April 2011

Anak Sapa Ni Haa Buat Maksiat Di Tepi masjid??


k
maksiat


Maksiat memang tak kira tempat. Nafsu serakah kebinatangan hanya mahu menyalurkan nafsu tak kira di mana. Yang JR tak pernah dengar cuma buat maksiat dalam masjid/surau. Kalau ada yg berani buat maksiat dalam rumah Allah, silap haribulan memang kepala dia pecahlah kena belasah. Tapi buat maksiat di sebelah masjid/surau banyak kali sudah JR dengar. Malah ada satu surau yang kerap JR pergi tu pun ada cerita-cerita macam tu satu masa dulu...

Dan ini salah satu cerita orang Islam yang tak malu buat dosa di tepi mesjid:

MASJID TANAH: Memalukan apabila ada pasangan bercinta menjadikan kawasan pantai Tanjung Bidara, di sini, sebagai ‘port’ untuk melakukan aksi ‘ringan-ringan’.

Tambah menjengkelkan apabila terdapat pasangan melakukan aksi sumbang itu secara terang-terangan berdekatan masjid pada hari Jumaat ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat. Perbuatan itu bukan saja menyakitkan mata, malah menjatuhkan imej pantai yang menjadi tumpuan termasuk pengunjung dari luar negeri ini.

Tinjauan Metroplus tengah hari Jumaat lalu mendapati terdapat beberapa pasangan asyik memadu asmara tanpa mempedulikan orang ramai yang pergi dan balik menunaikan solat Jumaat.

Peniaga, Abd Ghani Kedel, 60, berkata dia sering melihat pasangan melakukan aksi memalukan itu tanpa berselindung.

“Mereka bercumbuan serta berpelukan tanpa malu dan bersalah apabila perbuatan itu dilakukan di khalayak ramai. Malah ada pasangan yang asyik memadu kasih tidak menyedari perbuatan mereka ditonton segelintir ‘kaki skodeng’ atau pengintai di situ,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, kaki skodeng di pantai berkenaan datang awal dan bersembunyi di dalam semak semata-mata untuk melihat aksi sumbang dan mengghairahkan pasangan terbabit.


“Ini sikap remaja sekarang, tidak kira di mana saja termasuk dalam semak melepaskan rindu. Kalau tengah syok memadu kasih, tiba-tiba kena patuk ular baru tahu. Saya kesal dengan situasi ini dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak ia terus berlarutan dan menjatuhkan imej pantai ini,” katanya.

Sementara itu, imam Masjid Tanjung Bidara, Abu Khir Jamaluddin, berkata ibu bapa perlu berperanan bagi mengelak anak mereka daripada terjebak masalah sosial. Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Pegawai Syarak negeri berkata, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini kerana sikap remaja boleh berubah serta terpengaruh dengan rakan ketika di luar rumah.

“Namun, lebih kesalkan ada segelintir pasangan terbabit tidak mengira waktu untuk memadu kasih sama ada ketika solat Jumaat atau Maghrib. Justeru saya nasihatkan mereka menghormati perasaan orang lain dan bertaubat serta menghindari melakukan perkara maksiat,” katanya.

(Sumber:HM)

4 comments:

  1. tak tau pula tanjung bidara da jadi macam ni. dulu kat matrik melaka selalu pergi sana jugak tapi takde nampak kes2 macam ni

    ReplyDelete
  2. mcm2 la zmn skg.. adeeeiii

    jom baca ne pulak:
    http://farahanzaini.blogspot.com/2011/04/revise-dalam-mimpi.html

    ReplyDelete
  3. Freaky: Lain hulu lain belalang, lain dulu lain sekarang...

    ReplyDelete
  4. fara: Dunia akhir zaman begitulah...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....