»

22 March 2011

POLITIK : Poli-tik Atau Poli-tahi??


Ayah JR sudah belasan tahun meninggal dunia. Ayah JR bukan seorang yang terpelajar, dia tak pernah belajar hingga mendapat ijazah maupun diploma. Tapi tanpa ijazah pun, aruah ayah JR selalu kelihatan seperti seorang ahli falsafah, dan biasanya falsafahnya walaupun  pada mulanya sukar difahami tapi bila diamati, ia amat benar.

Ayah JR selalu memandang sinis kepada ahli politik, tak kira mereka itu ahli politik parti bulan ataupun ahli politik parti dacing (ketika ayah JR hidup parti berlambang mata belum wujud). Bagi ayah JR parti bulan dan dacing 2x5, kedua-duanya bermain politik kotor.

Sesuatu yang menjadi kenangan kepada JR ialah bila ayah JR berfalsafah tentang politik. Ayah JR kata dia benci ahli politik, kerana mereka bukan berpolitik, tapi bermain tahi. Bagi ayah JR, politik itu bukan poli-tik, tapi poli-tahi! Dia selalu mengingatkan semua anak-anaknya jangan menganggotai mana-mana parti kerana semua parti politik adalah busuk, kotor dan jijik seperti tahi. 

Kata ayah JR orang politik akan melakukan apa saja untuk mencapai impian politiknya. Mereka sanggup mengubah  lawannya yang putih supaya kelihatan hitam dan mereka juga boleh  menukar wajah mereka yang hitam legam menjadi putih seperti malaikat. Walaupun aruah ayah JR tak kenal siapa itu Machiaveelli yang terkenal dengan kata-katanya bahwa dalam politik 'matlamat menghalalkan cara', tapi apa yang ayah JR katakan sama seperti yang Machiavelli katakan kira-kira 300 tahun dahulu : dalam politik tiada istilah belas kasihan, tiada ada istilah moral, yang ada cuma istilah mendapat kuasa dan mengekalkan kuasa.

Apabila melihat senario dan sandiwara politik Malaysia masa kini, dengan masing-masing parti cuba menunjukkan merekalah yang terbaik sambil memburuk-burukkan pihak yang satu lagi, JR semakin yakin apa yang aruah ayah JR katakan tentang politik aitu adalah betul: 

politik itu kotor
politik itu busuk
politik itu najis
politik itu tahi
kerana poli-tik adalah poli-tahi
uekkkkkkkkkk....................

Nota: seperti aruah ayah, JR bukan ahli mana-mana parti poli-tahi!!

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....