»

21 March 2011

Ngeri & Dahsyat...12% Daripada Rakyat Malaysia Anak Haram!!

Terkejut beruk JR baca Berita Harian hari ini. Mana tak terkejutnya bila dapat tahu betapa ramainya anak luar nikah di negara Malaysia tercinta ini. 

Tau ke korang, dalam tempoh 4 tahun (2006-2010) seramai 234,647 anak tak sah @ anak luar nikah dilahirkan di negara ini? Baca berita ini:

PUTRAJAYA: Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga 2010 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 234,647 didaftarkan dalam tempoh itu daripada lebih dua juta kelahiran didaftarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (Sumber: Berita Harian Online)




























fenomena biasa di negara Islam Malaysia: anak luar nikah di buang tepi jalan


Yang mengejutkan JR pertama, ialah dari segi jumlahnya yang begitu sangat besar. 234,647 orang anak luar nikah dalam tempoh empat tahun adalah satu jumlah yang sangat besar. Kalau korang nak bayangkan banyak mana  234,647 itu ialah dengan membandingkannya dengan jumlah penduduk Perlis yang  berdasarkan portal rasmi kerajaan negeri  cuma seramai 217,480 orang. Tapi jumlah anak luar nikah adalah 234,647 - bermakna jumlah anak luar nikah di Malaysia lebih ramai dari penduduk Perlis, dahsyatnya!!

Yang kedua, dalam tempoh 2006-2010, daripada dua juta kelahiran, 234,647 adalah kelahiran luar nikah. Dengan kata-kata lain 11.7% atau hampir 12% daripada jumlah kelahiran dalam tempoh itu adalah merupakan anak luar nikah! Dan jika angka ini berkekalan, mungkin satu hari nanti kita akan menyaksikan lebih dari 10% penduduk Malaysia akan merupakan anak-anak luar nikah...bayangkan betapa dahsyatnya ketika itu.

Mengapa terjadi anak luar nikah? Anak luar nikah adalah anak yang dilahirkan hasil penzinaan, anak hasil persetubuhan haram, anak hasil hubungan sex tanpa satu ikatan perkahwinan yang sah.

Berita dalam Berita Harian Online itu tidak pula memberitahu pecahan kaum anak luar nikah itu. Tapi berdasarkan berita-berita mengenai bayi yang dijumpai dibuang di tepi jalan, di tepi tong sampah, di tepi surau dan lain-lain kita boleh mengagak apa kaum dan agama ibu bapa mereka yang  menghasilkan anak luar nikah itu....Kesiannya mereka yang sebangsa dan seagama denganku!!

Ya Allah, musibah apa yang sedang melanda negaraku ini? MasyaAllah.. bala apakah ini yang Kau turunkan kepada umatMu di bumi Malaysia ini? Mengapa manusia begitu bebal dan tidak patuh kepada firman Allah dalam al-Quran dan sabda Nabi dalam Hadis?

Dan ahli-ahli politik dan intilektual kita, apa yang mereka buat bagi mengatasi kemelut anak luar nikah ini? Intilektual kita hanya bijak memberi teori-teori Barat bagi mengatasi sesuatu masalah, sedangkan fenomena anak luar nikah ini sendiri tak dapat diselesaikan oleh dunia Barat. Jika mahu diselesaikan, ramuannya ada dalam al-Quran dan hadis...

Dan pemimpin-pemimpin politik kita? Mereka hanya pandai bertekak, parti A kata parti B dan C salah, parti B kata parti A nan C salah, parti C pula kata parti A dan B salah...semua orang salah, yang tak salah cuma ketua-ketua parti mereka yang tubuhnya berat dengan pelbagai gelaran Tan Sri, Datuk Seri, Datuk dan macam-macam seri lagi itu. Lawan punya lawan, kau kata aku, aku kata kau, semata-mata nak berebut pengaruh demi untuk kuasa, tapi apa  sudah jadi dengan anak bangsa? Inilah jadinya anak haram bercambah!!!

Tak boleh ke korang dari parti-parti yang berbeza ni lupakan sekejap idealogi masing-masing, lupakan sekejap soal calon pilihanraya dengan duduk semeja membincangkan isu anak haram, isu rempit, isu dadah dan pelbagai lagi isu yang sedang membelenggu anak bangsa korang? 

Boleh kah Tan Sri, Datuk Seri, Datuk dan Yang Berhormat, bolehkah jangan terlalu pentingkan diri dan parti?

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....