Satu masa dulu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) selalu membuat serbuan ke premis kedai video, pasaraya dan pasar malam yang menjual video lucah. Menjual, mengedar dan memiliki video lucah adalah satu kesalahan jenayah di negara ini, mereka yang melakukan kesalahan menjual dan memiliki video lucah boleh didenda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 5, Akta Penapisan Filem 2002 membabitkan filem lucah atau bahan publisiti filem lucah.
Tapi semalam video lucah telah ditayangkan untuk tatapan mereka yang berada di Parlimen!
Video lucah di tayangkan di Parlimen? Baca ini:
Rakaman video seks ‘sebar’ di Parlimen
March 21, 2011
KUALA LUMPUR, 21 Mac – Rakaman video seks menunjukkan seorang pemimpin kanan Melayu mengadakan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur dari China, dipertontonkan di ruang rehat ahli-ahli Parlimen selepas disaksikan oleh wakil-wakil media pagi tadi.
Ia ditunjukkan menerusi komputer riba milik seorang kakitangan Parlimen di ruang merokok dan disaksikan oleh beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan pemberita-pemberita dari portal online milik Umno.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, video klip itu terbahagi kepada empat bahagian(Sumber: Malaysian Insider)
Nak tergelaknya JR dengan berita itu, macam tak percaya pula bahawa Parlimen sebagai institusi tertinggi dalam sistem demokrasi negara dijadikan arena untuk menayangkan filem lucah! Bukankah Akta Penapisan Filem 2002 yang melarang penyebaran video lucah itu telah diluluskan oleh Parlimen, tapi mengapa pula video lucah dibenarkan ditayangkan di Parlimen sendiri - institusi yang melarang penyebarannya. Pelik sungguh!
Apakah bila video lucah boleh ditayangkan di Parlimen, ketika difahamkan Menteri Dalam Negeri sendiri berada di Parlimen ketika itu, kita boleh membuat andaian video lucah kini TIDAK dilarang lagi penyebarannya?
Apapun, bagi mereka yang mau menonton video lucah, korang boleh pergi ke Parlimen, kerana mungkin hari ini ada lagi tayangan perdana video lucah di sana, seperti semalam.
Jangan lupa: jom ke Parlimen menonton tayangan perdana video lucah percuma!!!
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....