Ketika pergi makan kenduri di rumah seorang kawan semalam, ada seseorang yang bertanya, "Eh, korang dengar tak apa yang isteri Perdana Menteri komen mengenai tsunami di Jepun?"
JR pun ada dengar apa yang Datin Rosmah Mansor cakap mengenai tsunami di Jepun tu. Tapi JR diam saja, nak dengar dulu sama ada apa yang orang lain dengar sama dengan yang JR dengar.
"Aku dengar," jawab seseorang, "Rosmah mengecam Jepun kerana tak pandai menjaga alam sekitar, sebab tu jadi tsunami"
Jadi, apa yang JR tonton dan dengar kat TV mengenai apa yang Datin Rosmah cakap rupanya lebih kurang sama dengan apa yang orang tu dengar. Apa yang JR dengar Datin Rosmah berkata bahawa kejadian tsunami itu adalah sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya hingga berlakunya tsunami.
Adakah apa yang semua Rosmah katakan itu betul dan benarkah penjagaan alam sekitar mempengaruhi kejadian tsunami? JR belum pernah pergi Jepun, tapi rakan-rakan yang pernah ke sana memuji Jepun yang pandai menjaga alam sekitar. Contohnya kata mereka nak melihat sekeping kertas atau daun bertaburan di jalan pun susah, kerana mentaliti orang Jepun yang sangat mementingkan alam sekitar. Tapi bagaimana Rosmah yang dah banyak kali pergi ke Jepun boleh pula berkata begitu? Adakah dia terlalu sibuk bershopping hingga overlook banyak perkara mengenai Jepun, termasuk tahap penjagaan alam sekitarnya?
Tapi apa yang membanggakan rakyat Malaysia ialah video kenyataan kelakar dan tidak cerdik Wanita Pertama Malaysia ini telah mendapat hits yang tinggi di youtube. Bayangkan dalam masa sehari, ucapannya telah diltonton 50,000 kali dalam Youtube. Video ini kemudiannya telah disebarkan dengan cepat melalui laman Twitter dan Facebook.
Betapa bangganya rakyat Malaysia kerana komen tidak bijak Wanita Pertamanya telah menggegarkan dunia, mengegarkan youtube, mengegarkan twitter, mengegarkan facebook!! Cuma yang tak seronoknya satu saja: kebanyakan komen dari seluruh dunia yang dicatatkan itu mengecam Rosmah dan memperkecil-kecilkan daya intilektualnya! Banyak yang kata dia tak tau apa-apa, tak cerdik!!
Lihatlah antara komen-komen mereka dalam CNN iReport yang sempat JR tengok:
"I will have whatever she is smoking or drinking,Rosmah Mansor acts as if she knows for sure how this happend,Ok Ms wizzard let me see your cyrstal ball one more time, get a grip lady and show some respect for Japan and its people" - Mr DCD.
Lihatlah antara komen-komen mereka dalam CNN iReport yang sempat JR tengok:
"I will have whatever she is smoking or drinking,Rosmah Mansor acts as if she knows for sure how this happend,Ok Ms wizzard let me see your cyrstal ball one more time, get a grip lady and show some respect for Japan and its people" - Mr DCD.
"I am learning new things everyday. Today I learn that the lack of environmentally-friendly development attracts earthquake and tsunami" - acappatfu.
"What a dumb-ass thing to say. Shame !!! Shame !!! Shame !!!" - nudibrand
"So the esrthquake was sorta planned? Snicker" - ireporttwo
"Said the witch who killed the mongolian woman using a C4. Murderer!!!!" - tasutingau
Ketika melihat komen-komen itu barulah terasa betapa malunya kita jadi rakyat Malaysia....
Malah ucapannya itu telah mendapat liputan dari CNN. Bukan senang nak mendapat liputan CNN kan....:
iReport —Wife of Malaysian Prime Minister, Datin Seri Rosmah Mansor said this when asked to comment on Japan's quake-tsunami disaster.
“Japan's earthquake and tsunami is a result of negligence in conducting environmental-friendly developments.
"To me, this is a lesson to other countries, that in everything they do or in whatever development they plan, they should study the surrounding environment and connect it with climate change and green technology," she told private news channel Astro Awani.
A video clip of Rosmah airing her view instantly became a hit among internet users, circulating in sites such as Twitter and Facebook, and being met with sarcastic comments from viewers.
The clip (in Malay language) can be viewed on http://www.youtube.com/watch?v=zuMLtycp_0I
Ah... mengapalah Wanita Pertama yang kita hormati ni cakap macam tu. Kalau Mak Bedah, Mak Leha dan Pak Deris yang tinggal di kampung pedalaman cakap macam tu tak apa juga, sebab mereka sekolah cuma takat darjah 6 saja. Tapi, isteri Perdana Menteri cakap macam tu...alahai malangnya, alahai...malunya aku jadi rakyat Malaysia!!
...somebody knows how to catch the first lady unaware!
ReplyDeleteshe is referring to the Nuclear Plant, not the Tsunami, which technically is right.....i.e if the power plant has been design for the earthquake and NOT the tsunami and off course nobody to blame about it. The problem with the Nuclear Plant is because the pumps for cooling water is not working since it was flooded due to tsunami and the power source from the grid also fail....hence no power source....this where the worst fear in nuclear power plant.i.e the siting of the plant and the surrounding effect .....listen carefully...
ReplyDelete