Korang mungkin dah terbaca berita ni pagi tadi. Berita ni jika diyakini, pasti ia sangat menggerunkan lelaki dan menakutkan perempuan.
Sumber berita ini ialah dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang membuat kajian pada tahun lepas mengenai hubungan di antara pengeluaran sperma dan penggunaan telefon bimbit. Hasil kajian itu mendapati satu jawapan yang sangat menakutkan!
Mengikut Presiden CAP, SM Mohamed Idris, telefon bimbit membahayakan lelaki dan perempuan, kerana:
i) Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma yang menyebabkan mereka mandul dan mati pucuk akibat gelombang elektromagnetiknya yang tinggi..
ii) Lelaki yang gemar meletakkan telefon bimbit dalam sarung yang disangkutkan pada talipinggang atau poket seluar menghadapi risiko penularan gelombang elektromagnetik yang lebih tinggi berbanding yang meletakkannya dalam poket seluar.
iii) Wanita yang sering meletakkan telefon bimbit dalam beg sandang yang dikepit di sebelah payudara boleh memberi kesan terhadap payudaranya.
Simpan dalam poket seluar tak boleh, di tali pinggang tak boleh, dalam beg sandang tak boleh, jadi simpan di mana yang boleh dan selamat?
Mungkin kena simpan dalam stokin, handsock, atau dalam kasut itu sendiri (perlu ada poket khas), atau yang paling selamat....SIMPAN SAJA DI RUMAH!!!
ikut cakap mamat CAP ni semua orang kena duduk dalam hutan ajela, pakai plastik bahaya, pakai telepon bahaya..
ReplyDelete