»

23 March 2011

Info Kereta: Kereta Berwarna Pink Adalah Kereta Paling Selamat Di Dunia



 
Tau ke korang pemilihan warna sangat mustahak ketika membeli kereta? Ini kerana ada warna-warna kereta yang sangat diminati pencuri, manakala ada pula warna-warna lain yang jarang-jarang sangat dicuri, kerana warna itu tak disukai atau sangat dibenci pencuri. Oleh itu bila beli korang nak beli kereta atau motor baru maupun yang terpakai, belilah yang warnanya tak diminati pencuri. 
 
Tapi warna apakah itu yang tak diminati, tak disukai dan dibenci pencuri?

Satu kajian di Belanda mendapati, makin popular sesuatu warna kereta makin besar kesempatan kereta itu dicuri. Kajian yang dijalankan oleh University of Tilburg di Belanda mendapati kereta berwarna hitam, biru,  perak dan kelabu paling banyak dibeli di Eropah di mana 86% pembeli memilih warna-warna itu. Dan kerana warna-warna itu sangat diminati pembeli,  dari segi nisbah kecurian, kereta-kereta bewarna itulah yang paling banyak dicuri. 
 
Kereta yang paling kurang dicuri  pula ialah  kereta berwarna hijau, kuning, oren, merah, dan pink yang kebetulan cuma dibeli oleh 14% pembeli.

Mengapa pencuri tak meminati kereta bewarna cerah: hijau, kuning, oren, merah dan pink? Ini kerana warna-warna tersebut tak begitu popular di kalangan pembeli kereta, sedang kebanyakan pencuri mau menjual kereta curian mereka kepada pembeli lain. Apa guna mencuri kereta yang sukar dijual?
 
Dan di antara warna-warna cerah yang tak diminati pencuri itu, pink adalah merupakan warna yang paling selamat kerana hampir tidak ada kes kecurian di Eropah yang melibatkan kereta bewarna pink.

“Pink adalah warna pencegah yang paling sempurna," kata kesimpulan kajian berkenaan.

Oleh itu pesanan JR jika korang nak beli kereta, pastikan beli kereta bewarna pink!!

Nota: JR juga, seperti pencuri-pencuri itu, tak suka kereta warna pink!!

2 comments:

  1. huhu cara ni mungkin berkesan tapi x sanggup naik kereta pink

    ReplyDelete
  2. Freaky: Ada juga org yg suka kereta pink, majoriti drpnya pompuan...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....