»

24 March 2011

Sapa Wanita Yang Lari Cuma Berseluar Dalam Nie??


Ini bukan sebahagian dari adegan sex VVIP bergelar Datuk Seri yang ditayangkan oleh VVIP musuhnya bergelar Tan Sri dan Datuk seperti yang sedang dihebohkan sekarang. Ini bukan drama politik busuk dan hanyir seperti dalam drama Melayu. Ini kisah benar yang berlaku di Puchong:


Dark deeds
and rainy days.























PUCHONG – Akibat takut diberkas, seorang pelayan pelanggan (GRO) lari dengan hanya memakai seluar dalam, sementara tujuh lagi bergari, ketika penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor menyerbu sebuah pusat karaoke, Bandar Puteri, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, percubaan wanita itu meloloskan diri gagal kerana diberkas di lorong belakang premis tiga tingkat berkenaan.

Mereka adalah antara 30 wanita dari China, Vietnam, Thailand dan Myanmar yang ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai GRO.

Sebelum itu, dalam serbuan kira-kira jam 12.30 malam, pintu depan premis tiga tingkat itu ditutup.

Rupanya, semua wanita warga asing yang berusia antara 20 dan 30 tahun itu melarikan diri melalui pintu belakang.

Beberapa wanita dapat melarikan diri, tetapi ada juga yang gagal.

Sinar Harian yang mengikuti operasi itu mendapati ada GRO yang cedera di belakang badan dan lutut kerana terjatuh ketika melarikan diri.

Dua jam kemudian, tujuh GRO cuba melarikan diri, walaupun tangan sudah digari.

Usaha mereka, bagaimanapun, tidak berjaya kerana hanya sempat lari sejauh 50 meter sebelum diberkas semula.

Timbalan Pengarah Imigresen Selangor, Abdillah Azizudin berkata, Ops Sayang ini dilakukan selepas pihaknya melakukan risikan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

“Kami percaya premis itu menawarkan aktiviti tidak bermoral kerana kemudahan itu tersedia dalam premis.

“Wanita itu mengakui bekerja di sini dan kami sedang mengesan pemilik premis,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, enam lelaki warga Bangladesh yang bekerja pelayan tetamu, turut ditahan.

“Kami bawa semua tahanan ini ke ibu pejabat untuk proses dokumentasi,” katanya.
- sinar

2 comments:

  1. lari punye pasal sampai pakai seluar dalam je. huhu

    ReplyDelete
  2. Freaky: dunia oh dunia....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....