Berita yang paling hangat semenjak dua menjak ni ialah berita video sex yang menyerupai seorang pemimpin pembangkang Melayu bersama seorang wanita Cina. Berita hangat kedua ialah seorang individu yang dikenali sebagai Datuk T yang dikatakan kini sedang diburu polis di bawah Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki dan menayangkan video sex itu. Dan ramai yang lepas tu bertanya: siapa Datuk T yang kaya raya dan sangat berkuasa itu hingga berani mencabar polis apabila enggan menyerahkan video lucah simpanannya?
Siapa Datuk T?
Dan pagi ini Datuk T ditemui!! Yang paling mengejutkan dia ditemui berhampiran timbunan sampah:
Datuk Tikus
Tapi Datuk T yang ditemui berdekatan dengan timbunan sampah ini, walaupun wajahnya berbeza sedikit dengan Datuk T yang menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Sri Negara, tapi kedua-dua individu ini juga mempunyai banyak persamaan:
i) Datuk Tikus suka makan benda kotor, Datuk T gemar tengok video lucah kotor,
ii) Datuk Tikus suka bersembunyi di tempat rahsia, gelap dan tersorok, Datuk T juga kini sedang bersembunyi di tempat rahsia kerana dia sedang diburu polis,
iii) Datuk Tikus diiktiraf oleh saintis sebagai binatang bijak, Datuk T juga manusia bijak kerana dia menayangkan video lucah ini di ketika yang tepat bila pilihanraya Sarawak akan berlangsung, dan
iv) Datuk Tikus seekor binatang pengecut yang akan lari bila melihat manusia, Datuk T juga pengecut sebab tu dia tidak mendedahkan identitinya yang sebenar sehingga kini.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....