»

01 February 2011

Ye Ke Berzina Tak Salah, Menikah Pulak Salah??

Hari ni JR tertarik kepada dua berita, kebetulan kedua-duanya diletakkan di muka depan akhbar Kosmo. Bila diletakkan di muka depan, itu bermakna dua berita tu pada pandangan Kosmo memang punya nilai-nilai komersil yang boleh menarik minat pembaca:

Berita 1: Ariel Peterpan Kena Jel Kerana Mengedar Video Aksi Sexnya


Berita 1 ialah mengenai keputusan Mahkamah Daerah Bandung Indonesia yang mengenakan hukuman penjara 3 tahun 6 bulan  kepada vokalis kumpulan Peterpan, Areil atau nama sebanrnya Nazreil Irham kerana merakam dan mengedar video aksi sexnya bersama dua selebriti wanita Indonesia.


Berita 2: Hakim Syarie Didakwa Khalwat


Hakim yang didakwa dan pasangannya...

Berita 2 mengenai seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan pasangannya yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang semalam atas tuduhan berkhalwat di sebuah kuarters kerajaan pada Disember tahun lalu.
Peguam kedua-dua terduduh bagaimanapun memberitahu mahkamah kedua-dua mereka sebenarnya sudah berkahwin di luar negara ketika itu dan surat pengesahan mengenai perkahwinan mereka juga telah diperolehi oleh pihak peguam.
Apa yang JR tertarik dengan dua berita ini ialah:
i)   Ariel Peterpan dipenjarakan 3 tahun 6 bulan atas tuduhan merakam dan mengedar video lucah. Ariel tidak dihukum kerana melakukan zina dengan dua wanita selebriti itu, tapi dia dihukum kerana merakam dan mengedar video lucah. Perkara yang sama pernah berlaku di Malaysia pada 2004 apabila seorang bekas pramugara dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah merakam dan mengedar aksi sexnya dengan beberapa rakan pramugarinya. 
Video aksi pramugari terlampau pernah menggemparkan Malaysia pada 2004
Dalam kedua-dua kes di Indonesia dan Malaysia ini mereka yang berzina tidak dihukum kerana kesalahan berzina tapi mereka di hukum kerana merakam dan mengedar aksi sex yang mereka lakukan. Dengan itu kita boleh katakan mengikut undang-undang Malaysia dan Indonesia berzina tak salah, yang salah ialah merakam dan mengedar aksi penzinaan.
ii)  Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang itu sebaliknya dibicarakan (belum dihukum lagi) atas tuduhan berkhalwat dengan isteri yang dinikahinya di luar negara. Memang mengikut undang-undang Syariah perkahwinan di luar negara walaupun sah mengikut hukuk syarak, tapi ia adalah mereupakan satu kesalahan jika perkahwinan itu tidak didaftarkan di negara ini.
Moral dari dua cerita ini ialah:
i)  Berzina tak salah mengikut undang-undang sivil, seseorang yang tak takut Tuhan tu boleh berzina dengan seberapa ramai pasangan yang dia suka.
ii)  Pernikahan walaupun sah dari segi agama tapi menjadi satu kesalahan jika ia tak didaftarkan di negara ini.

~ JR

2 comments:

  1. JR,
    undang-undang di Malaysia ini adalah pelik.
    Jadi jangan peningkan kepala dengan undang-undang yang pelik ini..

    Mereka-mereka yang buat undang-undang ini cuma manusia sahaja. Yang bila nampak duit di depan mata.. mulalah bagai anjing menggoyangkan ekor...

    hebat bukan??

    ReplyDelete
  2. @Pendekar Berkuda: Setuju 120%, sudah lama terbukti duit boleh membeli hakim...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....