Korang pakai berokband cop apa? Amacam berokband korang, servisnya macam berok tak, melompat-lompat sekejap ada sekejap tak da? Atau masalah yang lebih besar dihadapi seperti isteri JR yang guna berokband Maxis tapi entah apa-apa caj yang kena bayar, sampai akhirnya dia merajuk lalu pakai Celcom pula. Goodbye Maxis!!!
Pakai Celcom ni mengikut istri JR alhamdulillah tak ada pula cerita caj tersembunyi setakat ni. Cuma kadang-kadang line slow nak mampos tu perkara biasalah. Bila di rumah, kami pakai Streamyx saja, so far so good. Line pun okay, tapi bila kongsi line ramai-ramai slow sikit lah.
Tapi ada pula kawan-kawan yang mengadu pakai berokband Celcom pun dua kali lima saja dengan Maxis. Soal lambat satu hal, soal caj yang entah apa-apa tu satu soal lain. Ini ada dua keluhan dari kawan yeng tersiar dalam blog IkutSukaAku mengenai servis Celcom:
KELUHAN 1: Berdasarkan Mesej Kawan Kepada Kawan:
---------- Forwarded message ----------
From: johanihsanDate: 2011/1/27 Subject: [sim] KOMPLEN : Penipuan CELCOM Broadband Weekly To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com Assalamualaikum, Berikut adalah pengalaman saya menggunakan CELCOM Broadband Weekly Untuk subscribe: hantar SMS : Broadband Weekly to 28882 SMS terima: Reply YES to activate hantar SMS: Broadband YES. Selepas saya reply YES maka saya connect henfon ke PC utk internet. Rupa2nya bil saya bulan ini utk 3G charges saja adalah RM103.40 Setelah dibuat aduan ke CELCOM dia kata En telah connect hanphone 2 minit awal sebelum sistem kami activate Broadband Weekly. Penggunaan: Start 6:35 pagi Sistem Activate : 6:37 pagi Dan RM18 broadband weekly telah di caj.Utk guna 2 minit internet kena caj RM103.4. Bayangkan kalau sistem ada delay mcm ni utk 2 jam kaa.Atau tak go thru. Tak kaa beribu nak kena bayar. RM0.10 utk 10kb pay per use. Sesiapa yg kerja CELCOM tu tolong laa insaf jgn tipu customer. No akaun CELCOM saya: 93085600 No akuan SKMM : 0607/01/11 Diharap pengguna lain berhati2. Wassalam.
So... pagi tadi kami ke Celcom untuk membuat pertanyaan, kerana ternyata bagi pihak kami sememangnya tiada sebarang penggunaan internet melalui telefon tersebut, pramugari gua punya time tidur setiap hari jam 10.30pm... gua pula kalau tak tidur akan mengadap laptop sambil update kerja pejabat dan melayan blog menggunakan Wimax... so siapa yang melayan internet melalui phone pramugari gua... pening kepala memikirkannya.... lagipun genetik gua takda yang bela hanturaya... hahaha...
Awek Celcom pula menafikan dan mengesahkan ada penggunaan, dan memberi options yang mengarut-ngarut termasuklah mencadangkan pramugari gua tukar telefon yang tiada fungsi internet... apa kejadah punya options...
So... setelah menjadi pelanggan setia Celcom sejak tahun 2000, hari ini gua dan pramugari telah menamatkan perkhidmatan line 019 kami..., lagipun ini bukanlah kali pertama kami melayan dan bersabar dengan kerenah Celcom yang gah pada promosi macam tak ingat dunia... padahal servis macam cibai...
Selamat tinggal Celcom... dan kali ini gua nak cuba line Ananda Krishnan pulak... ok... ke tak... hahaha....
Dan korang ada apa-apa pengalaman ke yang hampir serupa untuk dikongsi?
~ JR
yang guna weekly tu tunggu lah sms pengesahan pengaktifan weekly internet sebelum guna tak sabar-sabar pun.
ReplyDeleteKalau kena charge internet walaupun tak guna tu kena tengok setting HP, ada setengahnya ada virus/trojan yang auto connect tanpa perasan, kadang-kadan tu tertekan sendiri, satu solution ialah tukar setting kalau celcom guna profile maxis, kalau maxis guna profile celcom mesti takleh connect secara automatik.
aku punya line 50je dalam 1 bulan boleh guna 2 x weekly internet sebab tak banyak call nombor lain, kalau nak call pun call nombor subline(5 ringgit je tak masuk guna benda lain), free video/call berapa jam sebulan cukuplah kalau sehari 1/2 jam penggunaan.
dalam sebulan 70/80 je semua.
kalau nak jimat 2 ringgit untuk bill bayar auto dabit guna kad kredit, jimat aku 3/4 ringgit, tapi jangan lupa bayar kad kredit dah le kalau tak mau bertimbun hutang.
untuk line backup aku guna maxis prepaid lepastu aktifkan 365 hari (33 ringgit) lepas tu topup 30, lepas tu line ni aktif 365 tak payah topup pun lantak ko ananda krisnan janji aku ada line free, guna bila line celcom kaput, tapi tak de kaput pun yang kaput maxis je 2 x bulan lepas.
m8