»

31 January 2011

Terima Kasih Kerana Harga Petrol Naik!!



Mulai tengah malam ni harga petrol RON97 di naikkan 10 sen lagi. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Terima kasih kerajaan kerana menaikkan harga minyak. Seronoknya harga minyak naik kerana lepas ni banyaklah barang akan naik harga lagi, seronoknya bila hidup semakin payah...


RM2.50/Liter!!

Terima kasih kerajaan kerana sejak 4 bulan lepas harga petrol RON97 naik tiap-tiap bulan. Bulan November naik, bulan Disember naik, bulan Januari naik dan kini bulan Februari pun naik lagi. Naik...naik...naik...naik....Sebab itulah harga semua barang semakin naik, naik dan naik....terima kasih kerajaan!!

Baru semalam rakyat sekali lagi bersorak riang selepas calon parti kerajaan diisytiharkan menang di DUN Tenang. Terima kasih kerajaan kerana memberi hadiah kepada rakyat atas kemenangan di Tenang itu dengan menaikkan harga minyak.  Terima kasih Kerajaan!!

Bila pula RON95 nak naik nih? Rakyat sentiasa menunggukan saat manis bila RON95 naik kerana banyak lagi barang yang boleh dinaikkan harganya lepas ni!!!


~ JR

6 comments:

  1. fuhh..naik lagi eh..parok lah

    ReplyDelete
  2. Patut lah diorang marah sebab diorang pakai minyak hijau, suka kat hijau, kening tu patut tukar warna biru baru ngam

    ReplyDelete
  3. @farahroslan: barang naik..barang naik..barang naik...

    ReplyDelete
  4. anom: gud idea, nanti semua yg bewarna hijau spt pokok, padang bola, hutan semua anom tukar kpd warna biru...greatttt...

    ReplyDelete
  5. bang ron 97 tu non subsidized la..memang la harga naik turun..

    ReplyDelete
  6. Anom,

    Bila harga petrol dunia naik dia naik, bila harga petrol dunia turun dia tak mau turun...teori ekonomi apa depa pakai noooo?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....