Teruknya...di pinggir kota suci Mekah pun ada pesta maksiat? JR tak heran jika pesta maksiat itu berlaku di Kaherah, ibu kota Mesir, atau di Tunis, ibu kota Tunisia, atau di Beirut, ibu kota Lubnan kerana ia antara bandar-bandar ibu kota Arab yang sangat kebaratan. JR bertambah tak heran jika pesta maksiat itu berlaku di Malaysia yang sebahagian rakyatnya sangat menyanjung tinggi budaya Barat. Tapi jika pesta maksiat itu berlaku di Jeddah yang merupakan bandar gerbang ke Mekah, kota suci Islam itu, ia sangat mengejutkan. Apa lagi, Jeddah adalah pelabuhan Arab Saudi sebuah negara yang peraturan beragamanya sangat ketat termasuk dari segi cara berpakaian, pergaulan berlainan jenis dan lain-lain.
JR terbaca laporan CNN mengenai banyak pesta maksiat yang berlaku di Jeddah yang cuma terletak 120 km dari Mekah itu.
"Di belakang mazhab konservatif Wahabi, kehidupan malam berbaur sumbang bagi pemuda elit Jeddah berkembang dan berdenyut," itu antara petikan lapuran CNN tersebut.
Seorang konsulat Amerika di Jeddah, Martin Quinn menyatakan dalam laporan itu, “Semasa pesta Hallowen terdapat lebih 150 para muda-mudi Arab berusia 20-an – 30 an telah menerima jemputan ke pesta Hallowen di kediaman seorang putra diraja Arab Saudi, Putra ****”
“Dalam majlis keramaian itu, ia dipenuhi kaum muda bangsawan Arab bersama limpahan alkohol sambil menari. Ramai putra-putra diraja Arab Saudi hadir di pesta itu. Mereka menyewa ‘bartender’ yg berasal dari Filipina khas untuk memeriahkan majlis dengan mencampurkan sadiqi, sejenis minuman keras buatan tempatan dengan vodka Smirnof - arak buatan Rusia".
Difahamkan sebotol vodka Smirnoff dijual dengan USD 400 di Arab Saudi.
Difahamkan sebotol vodka Smirnoff dijual dengan USD 400 di Arab Saudi.
Dunia oh dunia. Maksiat ada di mana-mana, di pinggir kota suci pun ada maksiat, apa lagi di pinggir kota yang tak pernah suci seperti di negara kita....
~ JR
memang ade..aku dah lama tahu pasal ni...pelacur pun banyak kat sana...
ReplyDeletesaudara...
ReplyDeletebagi saya,tak heran ngn berita yang saudara petik kan ini.kerana maksiat berlaku di mana mana pun.Di serambi mekah lagi teruk....!.lagipun dari zaman nabi pun byk berlaku maksiat.Siapa kata org org arab ni maksum..? mereka pun lebih teruk buat maksiat.cuma mereka ni di selubungi dgn jubah jubah yg telah menjadi tradisi mereka.
itu belom lagi di Malaysia ni...yg berkopiah atau tak berkopiah masih lagi tidak dpt mengawal nafsu.Oleh itu nasihat saya kepada golongan golongan fanatik..Allah belom lagi menguji iman kita ini.kalau dah di uji..baru tahu langit tinggi atau rendah.Jgn lah kita mendabik dada mengatakan kita ni maksum atau tegar dari dosa.Dan Iblis sangat suka dgn golongan golongan seperti ini.ingat tu....
kat area tu pon ade jugak ? memang parah la macam tu.. Freaky x tau sangat citer kat negara sane tu
ReplyDelete@balut_skek: Itulah jadinya bila manusia lebih takutkan undang2 manusia drpd undang2 Allah.
ReplyDelete@Freaky: Maksiat ada di mana2...